8 Cara Hilangkan Alahan Ketika Mengandung

Mengalami loya atau rasa kurang selesa ketika hamil adalah perkara biasa dan kerap dialami kebanyakan bakal ibu. Ramai yang mengalaminya lebih-lebih lagi pada minggu-minggu awal kehamilan. Jangan bimbang para ibu, ini adalah fenomena normal yang akan anda alami dan berikut adalah cara-cara bagi hilangkan alahan ketika mengandung.

Bangun Awal

Tips ini barangkali nampak simple, tapi tahukah anda yang rasa loya dan pening tu boleh dikatakan agak teruk semasa bangun tidur? Oleh sebab itu, dengan bangun lebih awal, para ibu boleh lah ambil lebih masa untuk berbaring sebelum bangkit dari tilam anda. Para ibu boleh juga gunakan masa berbaring untuk mengelakkan dari bangkit secara tiba-tiba yang akhirnya akan trigger rasa pening dan loya

Letak Makanan Tepi Katil

Ini adalah sangat penting untuk para ibu tahu, antara punca loya dan pening adalah kerana keadaan perut anda yang kosong semasa tidur malam. Sediakan sedikit snek seperti roti, buah atau biskut sebagai pengalas perut di tepi katil anda sebagai pengalas perut bagi mengelakkan paras asid perut meningkat. Cara ini akan membantu mengurangkan rasa lapar dan asid perut. 

Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tetapi Kerap

Seperti point di atas, perut yang kosong boleh menyebabkan loya yang lebih teruk, oleh itu, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap dapat membantu mengekalkan tahap gula yang stabil. Jangan lupa untuk bawa snek snek sihat kemana saja anda berada supaya dapat mengurangkan risiko perut kosong. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan terlalu banyak sehingga membuatkan perut anda berasa terlalu kenyang.

Perbanyakkan Minum Air Putih

Seperti yang kita tahu, pengambilan air putih yang mencukupi dapat mengekalkan kondisi badan yang sihat. Terapkan untuk meminum 6-8 gelas air putih dalam sehari. Namun harus diingat, para ibu mestilah mengurangkan minuman berkafein, minuman manis, minuman berkarbonat ataupun minuman berakohol sepanjang kehamilan, kerana ianya akan menyebabkan alahan yang semakin teruk. 

Pilih Diet Berprotien

Para ibu dinasihatkan agar mengambil makanan yang tinggi protein seperti ikan, kekacang, telur dan sebagainya. Kandungan protein akan membuatkan kita kenyang lebih lama dan dapat mengelakkan asiditi perut keluar dengan banyak. Ibu hamil juga haruslah mengelakkan pengambilan yang terlalu banyak, makanan pedas, berasid, berlemak dan makanan-makanan bergoreng. 

Jangan Lupa Multivitamin Kehamilan Anda

Ini adalah antara yang terpenting juga, walaupun anda sudah hamil, jangan lupa untuk teruskan pengambilan folik asid dan vitamin-vitamin yang disyorkan selamat buat ibu hamil. Multivitamin kehamilan dapat membantu melegakan atau mengurangkan perasaan loya sewaktu kehamilan. 

Elakkan Diri Untuk Terlalu Stress

Tekanan atau stress boleh membuatkan alahan semakin teruk. Oleh itu, sekiranya anda berasa terlalu tertekan, para ibu haruslah bijak untuk mengimbangkan rasa tekanan tersebut; cuba kurangkan bebanan perkerjaan yang di alami, kurangkan membuat kerja-kerja yang berat ataupun cari alternatif lain untuk bantu anda kurangkan tekanan anda. Contohnya, menonton rancangan kesukaan anda, tidur dan rehat secukupnya, membaca, cuba terapi pelengkap, meditasi, penggunaan aromaterapi, bersenam, bersembang dengan kawan dan sebagainya. 

Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Cara Hilangkan Alahan Mengandung

Mengalami mual dan loya sewaktu hamil adalah asam garam proses kehamilan, akan tetapi para ibu harus peka dalam perubahan yang terjadi sepanjang kehamilan anda. Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Antaranya adalah air kencing berubah menjadi gelap atau anda sukar untuk kencing melebihi 8 jam, kerap muntah dan tidak makan atau minum selama 24 jam, berasa terlalu lemah, pening dan ingin pitam apabila berdiri, rasa sakit sewaktu kencing atau kencing berdarah dan anda kehilangan berat badan yang melampau. Jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dari yang pakar.

Semoga tips-tips ini bermanfaat dan selamat menjalani pengalaman-pengalaman indah sewaktu kehamilan ini.

pakej-pantang-half-day-14-hari

Promosi 2022 Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!

Hubungi sekarang!