Pakej Bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh 2021 (Kos & Pengalaman)

Pakej Bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh 2021 (Kos & Pengalaman)

Hospital Pantai Ayer Keroh terletak hanya 5 km jauhnya dari plaza tol Ayer Keroh di bandar bersejarah Melaka. Hospital dengan 250 katil ini menempatkan lebih 80 pakar perubatan dan senarai perkhidmatan dan kepakaran perubatan yang menyeluruh termasuklah perkhidmatan pergigian, pusat barah, makmal pengkateteran kardiak, pembedahan jantung, hemodialisis, dan jabatan kecemasan.

Komitmen Hospital Pantai Ayer Keroh yang utuh terhadap keselamatan pesakit dan penyembuhan holistik telah membuatkannya menjadi pilihan pesakit di rantau selatan Malaysia, serta bagi pelancong perubatan.

Pantai Hospital Ayer Keroh merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).

Waktu operasi

Waktu melawat

Waktu melawat umum:
12 tengah hari – 2 petang dan 6 petang – 9 malam
(Maksimum seorang pelawat dibenarkan pada satu masa. Kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan datang melawat.)

ICU & HDU:
12 tengah hari – 1 tengah hari dan 5 petang – 8 malam setiap hari.
(Hanya seorang pelawat yang dibenarkan pada satu masa. Kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan datang melawat.)

 

Neonatal Intensive Care Unit (NICU)

Hanya ibu bapa sahaja boleh melawat bayi

 

Obstetrics dan Gynaecology Bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh

Bahagian Obstetrics dan Gynaecology dipimpin oleh 3 orang doktor. Mereka merupakan pakar dalam bidang Obstetrics dan Gynaecology yang diiktiraf dan bertauliah iaitu

 

Dr Choo Gim Sun

Obstetrics and Gynaecology (O&G), O&G – Reproductive Medicine

 

Dr Liu Chian Ming

Obstetrics and Gynaecology (O&G)

 

Dr Nor Hanisah Mohd Said

Obstetrics and Gynaecology (O&G)

 

Kos Bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh

Kos bersalin normal (kes yang tidak rumit)

RM 5000 ke RM 7000

Deposit sebanyak RM 6000 diperlukan

 

Kos bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh secara Cesarean (kes tidak rumit)

RM 14000 ke RM 17000

Deposit sebanyak RM 16000

 

Akhir Kata

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Insya Allah