Tak sabar nak menimang cahaya mata? Buat pasangan yang dah ready nak jadi ibu bapa, boleh lah cuba tips-tips dibawah sebagai usaha untuk mempercepatkan proses untuk hamil. InsyaAllah, kita mencuba tetapi Tuhan lah perancang yang paling hebat. Berikut antara cara cara untuk hamil
Dapatkan Pemeriksaan Prakehamilan
Ini adalah langkah pertama yang menjadi dasar kepada cara untuk hamil yang sihat kerana melalui pemeriksaan prakehamilan, anda akan lebih terbuka untuk mempelajari perubahan bentuk tubuh badan anda. Dan ianya dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan mempersiapkan diri anda terlebih dahulu.
Merancang Untuk Hamil Secara Sihat
Anda dinasihatkan untuk mula mengamalkan gaya hidup yang sihat agar ianya dapat membantu anda untuk hamil dalam keadaan tubuh badan yang sihat. Sebaiknya, anda cuba untuk menghentikan kebiasaan yang tidak sihat contohnya seperti meminum alkohol, merokok dan lain-lain lagi. Lebih baik jika anda sudah mula mengamalkan pengambilan asid folik bagi memudahkan proses penghamilan anda.
Cara Untuk Hamil Dengan Berhenti Makan Pil Pencegah Kehamilan
Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda haruslah berhenti mengambil sebarang pil pencegah kehamilan. Pengambilan pil pencegah kehamilan haruslah dihentikan beberapa bulan sebelum percubaan untuk hamil. Hal ini kerana, badan anda akan mengambil sedikit masa untuk mula mengeluarkan telur dengan teratur.
Kenali Waktu Subur Anda
Para isteri perlu tahu yang anda sangat digalakkan untuk merekod kitaran haid anda agar anda kenal waktu subur anda. Hal ini kerana, menurut Dr. Christopher William, pakar endokrinologi dan pengarang buku The Fastest Way to Get Pregnant Naturally – “Kesilapan terbesar yang dilakukan pesakit saya adalah tidak tahu bila waktu subur”. Oleh itu, hal ini sangat lah penting untuk para isteri titik beratkan. Selain itu, anda juga boleh kenali waktu subur anda melalui penggunaan kit ujian kesuburan (OPK) dan carta suhu badan asas (BBT).
Lakukan Hubungan Intim Sebelum Ovulasi Anda
Hal ini biasanya dua (2) atau tiga (3) hari sebelum anda memasuki masa berovulasi seperti yang telah anda ramalkan. Sperma mampu bertahan di dalam rahim dan tiub fallopian 2 atau tiga hari manakala telur anda pula cuma mampu bertahan selama 12 hingga 24 jam selepas ia dilepaskan. Oleh itu, hubungan intim sebelum anda mengeluarkan telur mampu meningkatkan peluang untuk anda hamil. Antara tips yang dikongsikan oleh laman web Parents anda disarankan untuk:
- Melalukan hubungan intim beberapa kali dalam seminggu sebaik sahaja anda habis haid, bagi mengelakkan terlepasnya waktu paling subur anda
- Pada hari ke 10, lakukan hubungan intim setiap hari
- Jika keputusan ujian kesuburan anda positif, lakukan hubungan intim pada hari ke-12 atau dua (2) hari selepasnya.
Perkara Yang Harus Dielakkan Ketika Melakukan Hubungan Intim
Si suami dan Isteri harus menitikberatkan beberapa perkara yang harus dielakkan bagi tidak menganggu mood anda sebelum dan ketika melakukan hubungan intim. Antaranya adalah:
- Bimbang tentang orgasme – Dengan tidak terlalu memikirkan tentang orgasme, anda pasti akan lebih menikmati dan menghargai setiap gerakan pasangan anda dan ianya akan membantu untuk anda mencapai puncak kenikmatan yang memuaskan
- Elak menggunakan pelincir – Formula yang digunakan dalam pelincir akan mengubah keseimbangan pH dalam faraj dan ianya akan mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang
Teknik Hubungan Intim Antara Cara Untuk Hamil
Haruslah diingat yang paling penting adalah si isteri digalakkan untuk terus berbaring terlentang selepas hubungan intim. Hal ini kerana, faraj bersifat mencerun ke bawah, sperma pasangan anda berpeluang untuk berkumpul dan berenang kea rah telur dengan mudah.
Berikutlah antara tips yang anda boleh cuba untuk mempercepatkan proses kehamilan anda, akan tetapi jika mendapati ujian kehamilan anda masih negatif, jangan terlalu down. Biasanya, ia akan mengambil masa, so jangan putus asa dan cuba lagi yang terbaik.
Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!