6 Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat

Buat wanita yang kini disahkan hamil pemilihan makanan yang sihat dan betul adalah sangat penting untuk kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan.  Jangan ikutkan nafsu anda dengan makan segala benda tanpa kawalan. Harus diingatkan, apabila mengandung anda mestilah lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.  Oleh itu, amalkan dan masukkanlah makanan sunnah untuk ibu mengandung di dalam diet anda kerana menurut sains, makanan sunnah ini terbukti berkhasiat!

 

Berikut ialah 6 Makanan sunnah untuk ibu mengandung yang di sebut dalam Al Quran & Hadis

Kurma 

Kurma kaya dengan protein dan pelbagai vitamin. Kurma juga mengandungi serat larut dan tak larut yang bagus untuk sistem penghadaman anda. Kurma juga menyelaras sistem saraf kerana ia mengandungi gula semula jadi, Potassium / Kalium dan kandungan sodium yang rendah. Kalsium di dalam kurma dapat menguatkan otak bayi anda dan dapat menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Ambil 2 hingga3 biji sehari sudah memadai. 

Buah Tin/Ara

Buah tin elok dimakan dalam keadaan segar dan kering sama seperti kurma.  Kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak dan dipercayai bagus untuk kecerdasan otak. Selain itu, makan buah tin dapat membantu mengurangkan kelelahan, pembuangan toksin, dan dapat mengawal tekanan darah.

Minyak Zaitun

Minyak ini kaya dengan polyphenols sejenis antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6. Asid lemak ini dapat membantu untuk perkembangan bayi. Minyak zaitun bagus untuk, mengawal kolestrol dalam badan, menjaga kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah.

Buah Delima

Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat mengimbangi tekanan darah di mana ianya baik untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia. Ianya bagus untuk ibu hamil yang ada hemoglobin rendah dan kencing manis. Kajian juga menunjukkan buah delima juga mengandungi khasiat yang baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang bayi dalam kandungan.

Madu

Khasiat madu tidak dapat disangkal, manfaat madu begitu banyak sekali dari penjagaan luaran hinggalah penjagaan dalaman. Madu mengandungi antibiotic semula jadi dan mampu mengurangkan kesan alergi atau alahan. Pilih lah madu asli dan anda akan dapat kebaikan daripadanya. pengambilan madu semasa mengandung juga juga tidak memudaratkan asalkan madu tersebut asli dan lebih baik jika ianya organik.

Susu

Susu merupakan satu produk tenusu yang memberikan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung. Walaupun anda boleh mendapat nutrisi yang ada di dalam susu pada makanan lain, ianya telah terbukti secara klinikal yang susu boleh memberikan kesan yang baik semasa dalam kehamilan. Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ianya membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada anda dan anak anda dalam rahim. Pastikan anda tiada masalah alahan lactose intolerance pada mana-mana susu ini.

 

Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya!

 

Semoga bermanfaat.