Apakah antara makanan berpantang terbaik untuk ibu selepas bersalin? Sebenarnya, ada banyak yang boleh dimakan. Izinkan Pantang Plus berkongsi.
Dialog ibu berpantang
Sebelum itu, kami mahu kongsikan di mana ini adalah antara kata-kata dan rungutan dari ibu yang kami selalu dengar.
“Alahai bosannya asyik makan biskut kering dengan nasi lauk ikan bilis. Nak pesan suami beli di luar takut tak boleh makan pulak. Apa makanan berpantang yang boleh aku makan ni sebenarnya?”
Nasib baik dalam pakej berpantang PantangPlus, makanan sudah cover sekali. Tinggal hanya beli bahan mentah sahaja seperti ikan.
Makanan Berpantang Terbaik Untuk Ibu Amalkan Selepas Bersalin
Berikut adalah antara makanan berpantang yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin.
Beras Perang Antara Makanan Pantang Terbaik
Mungkin ramai ibu-ibu yang terfikir untuk diet dan kuruskan badan sebaik saja melahirkan bayi. Namun, anda perlu ingat bahawa tubuh anda sedang dalam proses pemulihan dan bayi yang menyusu badan juga memerlukan nutrisi yang berkualiti melalui pemakanan anda.
Menggantikan beras biasa dengan beras perang adalah antara cara yang tidak keterlaluan untuk anda berdiet serta mendapatkan kalori baik.
Sumber bijirin berserat tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.
Makanan Berpantang Sarapan Pagi Dengan Roti Berserat Tinggi
Selain makan nasi untuk hidangan utama makanan berpantang, anda boleh mengamalkan pengambilan roti berserat tinggi untuk sarapan atau makan pagi.
Berbanding roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi.
Makanan Berpantang Berprotein Ialah Ikan Tenggiri, Salmon & Tuna
Komponen protein dalam sajian seharian juga penting dalam memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Maklumlah, bukan mudah nak menjaga bayi dan menguruskan diri, tambahan pula jika kita berpantang sendiri.
Pengambilan ikan salmon contohnya, bukan saja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).
Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk dalam makanan berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi.
Orang yang selepas keguguran juga boleh makan ikan-ikan ini.
Selalu Makan Buah-buahan Dalam Pantang
Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk ibu berpantang.
Mungkin ada yang menganggap makanan berpantang sebegini tidak sesuai kerana ia bersifat ‘sejuk’. Namun, semua buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang dan sumber vitamin yang tinggi. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
Sayuran Hijau Penting Ketika Pantang
Seperti buah-buahan, sayuran hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu harian anda.
Ia bukan saja tinggi antioksidan, vitamin, serta mineral, bahkan ia turut memiliki sumber kalsium yang penting untuk tubuh. Kalorinya pun rendah!
Makan Kekacang / Kuaci Selepas Bersalin Sebagai Snek
Kalau teringin nak makan snek, pilihlah daripada sumber yang sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci, atau pistachio.
Semua jenis kekacang sihat seperti ini dapat membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh di samping meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.
Semasa Berpantang, Banyakka Makan Buah-buahan Kering
Kurma adalah antara pilihan buah-buahan kering yang amat baik untuk ibu selepas bersalin. Khasiatnya yang begitu banyak tidak perlu diperkenalkan lagi.
Selain memberi tenaga, ia juga membantu merangsang penghasilan susu badan. Anda juga boleh memakan kismis, aprikot kering atau buah tin (figs) yang tak kurang khasiatnya.
Kedua-dua kekacang dan buah-buahan kering ini amat sesuai ditambahkan kepada bijirin atau oat yang dinikmati semasa sarapan pagi. Sedap!
Akhir kata
Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia – tak kiralah yang Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Pelbagai makanan dikaitkan dengan ‘panas’, ‘berangin’, ‘sejuk’, ‘tajam’ dan tak boleh dimakan semasa tempoh berpantang kerana dikhuatiri menjejaskan luka bersalin serta kesihatan dalaman.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam portal MyHealth menekankan bahawa setakat ini tiada bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa makanan-makanan tertentu ini memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin.
Kunci utama adalah memilih makanan yang sihat. Maka, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengikut pantang-larang seperti yang telah diamalkan secara turun-temurun.
Akhir sekali, jangan pandang rendah pada kepentingan pengambilan air kosong setiap hari.
Minumlah air secukupnya kerana dehidrasi boleh menjadi salah satu punca utama kepada kehilangan tenaga. Ibu menyusu lebih lagi memerlukan banyak air untuk merangsang penghasilan susu badan secara produktif.
Kekurangannya boleh menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh
Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!