10 Tanda Mengandung Anak Kembar (Tiada Faktor Genetik)

10 Tanda Mengandung Anak Kembar (Tiada Faktor Genetik)

Kalau nak mendapatkan anak kembar, semestinya ke kena ada faktor genetik? Mesti rata-rata pasangan suami isteri akan teruja untuk mendapatkan anak kembar, mesti dah berangan-angan baju anak sama, barang bayi sama, warna pilihan sama dan sebagainya. Tapi tahukah anda yang tanda tanda mengandung anak kembar adalah lebih tinggi jika anda tergolong dalam kategori dibawah:

  • Berusia 30 tahun ke atas
  • Hampir menopaus
  • Lebih tinggi dari wanita sebaya anda
  • BMI 25 ke atas

Tanda Mengandung Anak Kembar

Haa, jom kenali tanda-tanda yang isteri anda ataupun para ibu sedangkan hamil anak kembar walaupun tiada faktor genetik sebelum ini.

 

Perut Kelihatan Besar Walau Usia Kandungan Masih Baru

Ini adalah tanda mengandung anak kembar yang agak ketara, apabila perut ibu tampak lebih besar daripada biasa walaupun pada usia kandungan yang masih baru, cepat-cepatlah lakukan imbasan ke atas kandungan anda barangkali anda sedang menghamilkan dua bayi di dalam satu perut yang sama. Oleh itu, penjagaan lebih rapi dan teliti dapatlah dilakukan bagi persediaan yang lebih baik.

 

Berat Badan Naik Mendadak

Pada trimester pertama, kadar kenaikkan yang normal adalah sekitar 2kg sebulan akan tetapi para ibu dinasihatkan untuk memantau peningkatan berat badan anda, jika ianya melebihi 5kg maka tanda anda sedang mengandungkan anak kembar adalah tinggi. Selain dari berat badan, awasi juga kenaikan jumlah darah anda yang ukuran rahim anda.

 

Morning Sickness Yang Teruk

Dalam pada para ibu hamil berkeluh kesah dengan morning sickness atau rasa mual yang teruk, mungkin ianya juga merupakan tanda yang anda sedang menghamilkan anak kembar.

 

Gerakan Bayi Lebih Awal & Kerap

Kalau anda merasakan yang bayi anda begitu aktif di dalam perut, tumpukan perhatian kepada kekerapan pergerakkan bayi anda. Jika ianya lebih kerap dengan kadar yang luar biasa, maka sah lah anda sedang menghamilkan anak kembar.

Pemeriksaan AFP Tinggi

Selalunya, pada trimester kedua, para ibu hamil akan menjalani pemeriksaan alpha fetoprotein yang mana pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti sebarang kemungkinan bayi terlahir cacat dan juga untuk mengukur jumlah protein yang dikeluarkan oleh jantung bayi. Apabila hasil ujian AFP tinggi, berkemungkinan anda menghamilkan bayi kembar.

 

Peningkatan Hormon HCG

Selain dari hasil ujian AFP yang tinggi, peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) merupakan salah satu tanda anda menghamilkan bayi kembar. HCG ini dihasilkan daripada plasenta.

 

Kepenatan Yang Terlampau

Para ibu hamil juga harus melihat kadar kepenatan para ibu, ini adalah kerana tubuh si ibu hamil akan bekerja dua kali ganda untuk memberi nutrisi dan merawat tubuh demi perkembangan dua janin dalam rahim ibu tersebut.

 

Sakit Belakang

Selain dari kepenatan yang terlampau, para ibu hamil juga dapat merasakan sakit belakang yang ketara dan lenguh satu badan. Hal ini kerana, pertambahan berat badan yang melebihi kadar normal dan pusat graviti anda akan berubah. 

 

Bengkak Air Pada Kaki

Mungkin ini kali pertama anda mengalaminya, tetapi kehamilan kembar bakal menjadikan anda berpotensi tinggi untuk mengalami bengkak air atau ederma. Hal ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa tetapi para ibu hamil juga harus memantau agar ianya tidak menjadi komplikasi serius yang lain seperti pre-eclampsia.  

 

Dua Degupan Jantung

Hal ini dapat disahkan apabila anda menjalani pemeriksaan kehamilan dan terbukti terdapat dua degupan jantung. Tahniah! Anda sedang menghamilkan anak kembar.

Hamil anak kembar pastinya sesuatu yang mengujakan, akan tetapi anda haruslah lebih berhati-hati kerana kehamilan kembar juga dikategorikan sebagai kehamilan berisiko. Pastikan anda tidak terlepas menghadiri pemeriksaan pra-natal dan mendapatkan rehat yang cukup sepanjang kehamilan anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pasangan yang sedang menanti bayi kembar anda.