5 Contoh Makanan Yang Boleh Diambil Ketika Hamil

Pengambilan makanan ketika hamil yang seimbang amat penting untuk bakal ibu dan bayi terutama pada trimester kedua dan ketiga. Pada peringkat ini, badan ibu hamil memerlukan jumlah kalori yang banyak supaya ibu lebih sihat dan bertenaga.

Ini kerana, sumber tenaga ibu hamil adalah daripada pemakanan yang berkhasiat. Ibu hamil memerlukan penambahan nutrien, vitamin dan mineral yang banyak.

Kenapa makanan ketika hamil itu penting?

Kekurangan nutritasi semasa hamil akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana, satu-satunya sumber tumbesaran bayi dalam kandungan adalah daripada cara pemakanan seharian ibu.

“Baru tiga bulan hamil dah rasa letih dan tidak bertenaga. Agaknya apalah makanan ketika hamil yang boleh beri tenaga dan membuatkan badan tidak cepat letih.”

Sehubungan dengan itu, terdapat 5 contoh makanan yang boleh diambil ketika hamil.

  1. Produk tenusu

Contoh Makanan Ketika Hamil

Bakal ibu perlu mengambil lebih banyak kalsium dan protein untuk kebaikan bayi dalam kandungan. Produk tenusu mempunyai dua jenis protein yang berkualiti iaitu kasein dan whey. Selain itu, produk tenusu jugak merupakan sumber terbaik kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium, dan zink.

Protein yang terdapat dalam produk tenusu amat penting untuk ibu hamil, antaranya:

  1. Pembinaan jaringan sel bayi di dalam kandungan.
  2. Membina otot-otot untuk bayi.
  3. Memulihkan jaringan ibu hamil yang rosak. 

Ibu hamil boleh mengambil yogurt kerana ia mengandungi jumlah kalsium yang tinggi berbanding produk tenusu yang lain.

Kandungan kalsium yang tinggi di dalam produk tenusu membantu dalam pertumbuhan tulang bayi dan mengelakkan tulang ibu daripada reput.

2. Buah-buahan Antara Makanan Ketika Hamil

Buah Buahan

Buah-buahan sesuai diambil oleh ibu hamil kerana ia membekalkan tenaga dan meningkatkan tenaga ibu hamil untuk menjalani kehidupan seharian.

Antara buah yang sesuai diambil ketika hamil adalah buah epal merah, pisang, avocado, anggur, kurma dan delima. Buah-buahan tersebut mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Buah epal merah mempunyai beberapa jenis vitamin seperti vitamin C, A, B1, dan B2. Buah epal merah juga mengandungi serat yang tinggi oleh itu ia membantu melancarkan proses pencernaaan dan mengelak ibu hamil mengalami masalah sembelit.

Menurut Islam, buah kurma merupakan buah terbaik untuk ibu hamil kerana ia mengandungi 70% gula yang tidak menyebabkan kencing manis dan masalah berat badan.

Selain itu, buah kurma baik untuk merangsangkan saraf, meningkatkan kecerdasan otak dan menambahkan tenaga untuk ibu hamil. Buah kurma juga baik untuk bayi kerana ia membantu menguatkan tulang bayi dan pembentukan gigi bayi.

Seterusnya, buah delima mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dalam sel-sel badan. Selain itu, buah delima mengandungi vitamin A, C, E dan serat. Selain itu, buah delima juga boleh dibuat jus dan sesuai diminum oleh ibu hamil.

3.  Sayur-sayuran

Buah Buahan

Sayuran amat penting dalam pengambilan makanan seharian untuk ibu hamil. Hal ini kerana sayuran mempunyai pelbagai zat sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan terutama sayuran berwarna hijau.

Sayur bayam kaya dengan kandungan vitamin A, C dan K yang diperlukan oleh ibu hamil. Selain itu, brokoli mengandungi vitamin K dan kalsium yang membantu menguatkan tulang ibu hamil dan mencegah daripada berlakunya osteoporosis. Disamping itu juga, brokoli boleh melindungi saraf dan meningkatkan pertumbuhan otot.

Selain itu, cara membasuh sayur amat penting kerana sayur yang tidak dicuci dengan betul membahayakan bayi dalam kandungan. Hal ini kerana terdapat sayur yang mempunyai bakteria seperti sayur kangkung.

 4.  Kekacang Merupakan Makanan Ketika Hamil Yang Terbaik

Contoh Makanan Ketika Hamil

Contoh makanan ketika hamil yang boleh diambil seterusnya ialah kekacang. Omega 3 boleh didapati daripada pengambilan ikan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun Omega 3 juga terdapat di dalam kekacang. Oleh itu, kekacang amat sesuai diambil ketika ibu hamil.

Terdapat pelbagai jenis kekacang seperti kacang Almond, kacang merah, kacang gajus dan kacang tanah. Kekacang boleh diambil ketika ibu hamil tetapi tidak sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai alahan terhadap kekacang.

Sebagai contoh, kacang tanah mengandungi vitamin, protein dan mineral. Antaranya ialah vitamin A, kompleks B, E dan K. Terdapat juga kalsium yang membantu perkembangan otak dan tulang bayi dalam kandungan ibu.

Sehubungan itu, kacang boleh diambil ketika hamil kecuali kepada ibu hamil yang mempunyai alahan terhadap kacang. Hal ini kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku kepada ibu dan kandungan. Disarankan ibu hamil untuk makan kacang asli yang tidak bersalut garam dan berperisa.

5. Daging tanpa lemak

daging

Daging mengandungi protein yang tinggi sesuai diambil oleh ibu hamil. Disarankan untuk tidak ambil daging yang telah diproses. Hal ini kerana nutrisi yang baik kemungkinan hilang semasa proses pembekuan. Daging tanpa lemak boleh dipanggang dan dihidangkan dengan nasi putih.

Ibu hamil mestilah mengambil makanan yang berkhasiat dan segar supaya ibu lebih sihat dan bertenaga. Disamping itu, jenis makanan yang diambil ketika hamil memberi kesan kepada perkembangan janin dalam kandungan. Para ibu disarankan mengambil makanan ketika hamil dalam kuantiti yang banyak.

 

Leave a Comment