Fungsi utama berurut untuk wanita selepas bersalin adalah menghilangkan tekanan, melegakan bengkak, kesakitan, memudahkan proses tidur, baik untuk penyususan badan dan sebagai mengatur semula hormon dalam tubuh. Bukan mudah hendak mencari tukang urut yang berilmu, berkualiti dan dipercayai. Iyalah, mereka bukan sahaja masuk ke rumah, tubuh kita juga akan dilihat dan disentuhnya, malahan bukannya sekali, tetapi perlu dilakukan dalam beberapa hari. JIka tersilap pilih, merugikan wang dan matlamat yang diingin dicapai pula akan menjadi bayangan sahaja. Disini disertakan tujuh tips mencari tukang urut selepas bersalin, terutamanya untuk orang bandar yang rata-ratanya mengakui ‘lebih sukar’ mendapatkan tukang urut seperti perwatakan makcik-makcik tua di kampung sana.
- Juru urut Turun Temurun
Tiada salahnya sekiranya kita mendapatkan khidmat tukang urut yang telah digunapakai dan dipercayai oleh keluarga lain. Contohnya seperti jiran terdekat. Untuk mendapatkan maklumat serba sedikit, ringankan kaki berjumpa tukang urut yang disyorkan.
Malahan boleh juga menghantar sahabat yang menyamar sebagai pelanggan, untuk mendapatkan sendiri sentuhan dari tukang urut tersebut. Sekiranya berpuas hati, bolehlah meneruskan tempahan segera.
- Hantar permintaan di kumpulan media sosial untuk tukang urut selepas bersalin
Kebanyakan pemilik perniagaan memiliki laman sosial sendiri dan mereka lebih gemar menyertai kumpulan peniaga yang seangkatan dengan mereka demi berkongsi maklumat. Ini adalah peluang yang baik dimana sekiranya kumpulan tersebut memiliki ketetapan umum, maka anda bolehlah mengiklankan ‘Tukang Urut Untuk Diupah’.
Mana tahu, mungkin ramai tuan badan yang akan menawarkan diri dan kebanyakan pelanggan juga boleh mengesyorkan tukang urut kegemaran mereka. Antara kata kunci yang boleh digunapakai di media sosial adalah ‘pengurut tradisional’ dan ‘berpantang’.
- Professional, berilmu dan bersih
Ketika ‘menemuduga’ atau menjadi pelanggan secara cuba-cuba, bolehlah perhatikan amalan yang dilakukan oleh tukang urut. Lihat tangan, minyak dan tilam yang digunakan. Selain boleh tahu tahap kebersihan mereka, tahap kemahiran mereka juga boleh dilihat samaada mereka mendapatkan latihan atau tidak.
Kebiasaanya, untuk menjadi terapi urutan, mereka akan belajar asas penyediaan kawasan mengurut dan teknik menuang minyak ke atas tubuh pelanggan. Tukang urut berkemahiran akan mengurut sesetengah kawasan di bahu dan tengkuk untuk mendapatkan kepercayaan dan keselesaan pelanggan sebelum meneruskan urutan.
Bolehlah tanya sedikit tentang titik tubuh yang perlu ditekan pada tubuh wanita berpantang dan tanya pengalaman mereka mengurut orang berpantang.
- Hubungi Pusat Berpantang (Confinement Centre)
Pusat berpantang telah bertambah banyak jika dibandingkan dari sepuluh tahun yang lalu. Paling kurang di setiap bandar pasti ada pusat berpantang. Ada juga yang dikenali sebagai ‘Spa Berpantang’ atau ‘Hotel Berpantang’ yang menyediakan yoga, kelas penyusuan dan rawatan muka.
Boleh cuba bertanya di pusat berpantang tersebut, samaada bolehkah mendapatkan khidmat mengurut sahaja. Namun kemungkinan besar anda perlu ke pusat tersebut semata-mata nutuk mendapat urutan. Ini kerana kebanyakan pusat berpantang menyediakan tempat tinggal seakan asrama dimana ibu berpantang dan bayi akan dijaga dipusat tersebut sehinggalah tempoh berpantang yang dipilih tamat.
- Online cari laman sesawang untuk tukang urut selepas bersalin
Cara mudah untuk orang zaman kini, segalanya di hujung jari. Malahan ini mungkin perkara pertama yang anda lakukan untuk mencari tukang urut; tanya ‘Uncle Gugel’. Melalui laman web, pelbagai capaian yang dirasakan relevan akan dipamerkan kepada anda.
Baca, banding dan pilih sahaja mana-mana pusat berpantang atau penyedia pakej berpantang yang berkenan di hati. PantangPlus.com adalah penyedia pakej berpantang amat dekat dihati kerana menyediakan lawatan ke rumah selain menawarkan pakej berpantang yang lengkap, merangkumi diri si ibu, anak dan juga penyediaan makanan.
- SPA / Pusat refleksologi berdekatan
Sekiranya masih buntu, boleh pergi ke SPA dan pusat refleksologi terdekat. Bukan masa nak kahwin saja pergi mandi lulur, buat rawatan muka, ya. Kebanyakan spa ada kemahiran menyediakan urutan tradisional, namun tidak dijamin mereka boleh menyediakan perkhidmatan sengkak (menaikkan rahim) dan bertungku (rawatan batu panas).
Bagi pusat refleksologi pula, mereka berkemahiran menggunakan titik tekanan pada tubuh untuk mengenalpasti kesakitan dan melancarkan darah dan ‘angin’. Boleh bertanya samaada mereka selesa untuk menjadikan anda sebagai pelanggan.
- Pensyarah Kolej Komuniti
Sekiranya anda bertuah, bolehlah cuba menghubungi pensyarah atau kakitangan kolej komuniti yang ada menyediakan kursus urutan. Mana tahu mereka sendiri ada melakukan kerja separa masa mengurut.
Mungkin kerana bidang kerja adalah terapis dan urutan, mungkin mereka boleh mencadangkan kenalan atau anak murid yang dipercayai untuk mengurut anda.
Semoga bermanfaat apa yang saya kongsikan. Selamat berurut wahai para ibu sekalian!