Cara Mengira Usia Kandungan Dengan Kaedah Yang Tepat

Apabila mendapat perkhabaran bahawa si isteri baru sahaja berjaya hamil, pasti kedua-dua suami dan isteri tertanya-tanya berapakah usia kandungan bayi ini sekarang kan? Sudah 5 minggu kah? Atau sudah nak masuk trimester kedua ke? Bagaimana pula cara nak mengira usia kandungan bayi dengan tepat ni?

Sudah semestinya berita ini akan membuatkan suami isteri berasa teruja dan tak sabar-sabar menanti detik ketibaan cahaya mata ini. Ibu bapa juga mesti sedang mencongak bilakah agaknya tarikh lahir keramat si bayi ini kan? Bila anda sudah tahu usia kandungan bayi, boleh lah anda lakukan persiapan awal bagi menyambut kelahiran yang dinanti-nantikan ini.

Jom ikuti perkongsian dibawah tentang 5 cara mengira usia kandungan bayi supaya tiada lagi kekeliruan berlaku!

Cara mengira usia bayi dalam kandungan

1. Kiraan Kalendar

Kaedah ini adalah kaedah normal yang diguna pakai sejak dari dulu lagi. Apa yang anda perlu tahu apabila menggunakan kaedah ini adalah tarikh haid hari pertama dan haid hari terakhir (HPHT) anda terlebih dahulu. Namun begitu, kaedah ini biasanya digunakan untuk menghitung kitaran haid tetap sahaja. Contohnya, bagi wanita yang kitaran haid nya 28 hari hingga ke 30 hari.

Langkah-langkah nya:

  • Tarikh HPHT + 7
  • Bulan HPHT – 3 (bagi bulan April sehingga Disember) ATAU;
  • Bulan HPHT + 9 (bagi bulan Januari sehingga bulan Mac)
  • Tahun HPHT + 1

Contoh:
05 Mei 2020

  • 5 + 7 = 12
  • Mei – 3 = 2 (Februari)
  • 2020 + 1 = 2021

Maka tarikh kelahiran adalah 12 Februari 2021.

Ibu sekalian jangan keliru ya! Ini adalah cara anggaran untuk mengira hari kelahiran. Jadi bagaimana pula dengan cara kiraan usia kandungan bayi? Senang je. Anda cuma perlu tambah 1 bulan dari HPHT anda.

Contoh:
05 Mei 2020

Maka, bulan pertama usia kandungan bayi anda ialah 05 Jun 2020.

2. Imbasan Ultrasound

Kepada anda yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, jangan bimbang! Gunakan kaedah ini, kerana ianya adalah antara kaedah yang paling tepat dalam memberitahu usia kandungan anda. Terdapat dua cara imbasan iaitu transvaginal dan transabdominal.

Transvaginal: Biasanya dilakukan pada awal kehamilan, kerana ianya dapat melihat janin dengan lebih dekat, ianya akan dilakukan melalui vagina si ibu. Kemudian, setelah kandungan anda berusia lebih kurang 5 ke 6 minggu, barulah si ibu hamil akan teruskan dengan kaedan imbasan transbdominal. Yang mana imbasan ini dilakukan melalui dinding perut.

Oleh itu, disarankan para ibu yang hamil untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi melakukan imbasan transvaginal dan direkodkan awal kehamilan pada buku merah jambu, agar pengiraan seterusnya dapat di kira dengan tepat.

3. Pengiraan Ketinggian Fundus Uterus / Puncak Rahim

Selain dari dua (2) cara diatas, anda juga boleh mengira usia kandungan anda melalui ketinggian puncak rahim anda. Puncak rahim si ibu akan semakin meninggi apabila janin berkembang. Kaedah ini agak mudah yang mana anda cuma perlu rasa bahagian atas rahim yang menonjol pada perut anda. Kemudian, ukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus anda, jika jaraknya adalah 18cm makanya usia kandungan anda adalah 18 minggu.

4. Pergerakan Janin

Ini adalah kaedah yang agak kurang tepat tetapi masih boleh diguna pakai. Apa yang si ibu perlu lakukan adalah si ibu perlu lebih peka dengan pergerakan janin, sekiranya si ibu merasakan janin mula bergerak maka usia kandungan anda dianggarkan sekitar 18-20 minggu. Akan tetapi, kaedah biasanya berkesan untuk si ibu yang hamil buat kali pertamanya. Untuk ibu yang pernah hamil dan mengahamilkan anak kedua dan seterusnya, pergerakan janin cuma boleh dirasakan pada sekitar 16-18 minggu.

5. Aplikasi Kalendar/ Kalkulator Atas Talian

Pada arus kemodenan sekarang ni, lebih-lebih lagi untuk si ibu yang masih gigih bekerja, takpe jangan bimbang kalau semua cara di atas agak rumit untuk anda lakukan, si ibu hamil boleh lah memuat turun aplikasi kalkulator yang telah direka khas bagi mengira usia kandungan anda. Taip kan di PlayStore atau App Store anda, pasti banyak yang anda boleh pilih untuk dimuat turun.

Akhir kata

Semoga kaedah di atas dapat membantu para ibu dan ayah dalam mengira usia kandungan dan membantu dalam proses persiapan menyambut kelahiran cahaya mata anda.

Jika anda disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Semoga selamat semuanya sehingga proses bersalin kemudian hari.

Klik sini untuk dapatkan 8 Tips Hilangkan Loya Dan Mual Ketika Hamil!

pakej-pantang-half-day-14-hari

Promosi 2022 Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!

Hubungi sekarang!