Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol

“Aduhai, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Malasnya nak telan ubat… Apa lagi cara hilangkan sakit kepala yang boleh dibuat ya.”

Tahukah anda, selain memakan ubat penahan sakit, ada cara hilangkan sakit kepala yang boleh dilakukan dengan cepat dan efektif. Teknik yang dimaksudkan adalah sejenis urutan yang dikenali sebagai acupressure.

Menurut sebuah artikel daripada Bright Side, ia adalah salah satu jenis acupunture dan refleksoterapi, namun ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa memerlukan pakar. Teknik urutan ini telah dibuktikan oleh beberapa kajian dan penelitian saintifik.

Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol

Cara hilangkan sakit kepala ini memerlukan anda untuk mengurut pada 6 tempat / titik seperti dalam gambar di bawah.

Mula-mula, duduk dalam posisi yang selesa dan relaks. Urut setiap tempat yang ditunjukkan dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit.

1. Titik Di Antara Kening

Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi.

Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.

2. Dua Titik Di Hujung Kening

Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.

3. Dua Titik Di Bawah Tulang Pipi

Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi.

4. Dua Titik Pada Tengkuk

Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.

5. Titik Di Atas Telinga

Bahagian atas telinga ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.

6. Titik Berdekatan Pangkal Ibu Jari

Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Lakukan urutan yang sama pada kedua-dua belah tangan.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Unik Tapi Berkesan

Menurut sumber, rasa sakit kepala yang anda alami akan menghilang sedikit demi sedikit semasa melakukan urutan tersebut ataupun selepas 5-10 minit sesi mengurut selesai.

Mudah saja, bukan? Mudah-mudahan teknik yang dikongsikan ini mampu mengatasi rasa sakit kepala yang anda alami. Tak payahlah susah-susah nak telan ubat lagi.


2 thoughts on “Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol”

  1. Tips sakit kepala, boleh iktiar dengan kaedah perubatan islam dengan mengamalkan bacaan2 sebagai penawar..boleh tengok disini tips sakit kepala dengan bacaam dalam rumi..perubatan secara islam

    Terima kasih admin..banyak ilmu yang bermanfaat disini.

    Reply
  2. teknik no.6 – tidak boleh dilakukan untuk ibu-ibu mengandung,terutamanya bagi mereka yang mengandung/hamil 6 bulan dan kebawah.

    Reply

Leave a Comment