Pakej Bersalin Di Hospital Pakar Al Islam 2020 (Kos & Pengalaman)

Bertempat di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Hospital Pakar Al Islam (Kampung Baru Medical Centre) merupakan tempat yang sering dikunjungi lebih lebih lagi untuk yang beragama Islam. Mereka menitik beratkan pelbagai rawatan termasuk aspek fizikal, psikologi, mental dan spiritual berasaskan Islam. Untuk Ibu mengandung pula, doktor perempuan yang akan merawat anda ketika bersalin nanti, bagus kan? Di sini kami akan senaraikan 6 sebab kenapa ibu perlu bersalin di Hospital Pakar Al Islam

Waktu operasi

Hari beroperasi : Isnin hingga Ahad

Masa : 24 Jam

Alamat : No 85 Jalan Raja Abdullah, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur

No Telefon : 03-26931007

Emel : [email protected]

 

Obstetrics dan Gynaecology

Bahagian Obstetrics dan Gynaecology Hospital Pakar Al Islam (Hospital Kampung Baru) dipimpin oleh dua Doktor iaitu Dr. Rosilawati bt Abd Ghani dan Dr. Norlida bt Hj Khairon. Tidak perlu runsing perihal aurat. Setiap kali checkup dan ultrasound, ibu perlu menyelak seluar, tidak adalah perasaan malu jika doktor perempuan yang buat checkup kan? Jadi Hospital Pakar Al Islam adalah pilihan yang sesuai untuk Ibu!

 

Servis ambulan untuk bersalin di Hospital Pakar Al Islam

Mereka juga menawarkan 24 jam servis ambulan. Tidak perlu risau, telefon sahaja nombor hospital, mereka akan bergegas mengambil anda. Servis ambulan mereka juga pantas!

 

Makmal 24 jam

Adakah anda tau makmal mereka beroperasi 24 jam? Ya 24 jam! Ini bermakna keputusan ujian beryang anda buat akan dapat dengan cepat. Tidak perlu tunggu lama-lama untuk mengetahui keputusan ujian anda

 

Bilik Al Islam berkonsepkan Homestay untuk keluarga

Mereka juga menawarkan bilik yang berkonsepkan homestay. Tidak perlu runsing jika ibu dan bapa mertua anda datang melawat. Homestay mereka mempunyai persekitaran seperti di rumah! Selesa, berhawa dingin dan lengkap dengan perabot dan perkakas rumah. Lokasi bilik Al Islam ini juga bersebelahan dengan Hospital. Dengan harga yang berpatutan, kami pasti keluarga anda berpuas hati tinggal disini, ibu yang bersalin di Hospital Pakar Al Islam pun tidak akan runsing memikirkan mertua mereka

 

Harga bersalin di Hospital Pakar Al Islam

Harga bersalin normal

2 hari 1 malam

RM 3000 untuk bilik persendirian

RM2700 untuk bilik perkongsian 2 orang

RM2500 unutk bilik perkongsian 4 orang

 

Deposit RM3000 diperlukan sebelum memasuki hospital

 

Harga bersalin Ceasarean

RM8000 ke RM10,000 (bukan kecemasan)

 

Harga ujian Covid untuk Isteri dan Suami

Suami dan isteri perlu membuat ujian Covid

RM150 seorang sahaja. Murah!

 

Pengalaman bersalin di Hospital Pakar Al Islam

“Nurses juga very soft spoken, berakhlak baik, friendly and helpful. Bila kita warded, nurses sangat menjaga aurat kita. Bila kita ada visitor lelaki, nurse akan tanya kita dahulu boleh ke visitor kita tu masuk? Dan bila doktor nak buat ward round, sekiranya doktor itu lelaki, nurse akan masuk bagi warning dulu supaya kita boleh prepare tutup aurat. I experienced this masa saya warded due to Influenza A about 2 weeks prior to my delivery. So I am so touched by their gestures and concerns.”

Penulis Blog When Najlaa Writes

 

“Tepat jam 1.30 petang azan Zohor. Doktor suruh aku solat dulu. Suami pun turun solat Zohor dan solat hajat sekali. Aku hanya duduk dekat labour room tu je sebab dah tak boleh gerak pegi mana-mana dah. Bidan tolong ambilkan wuduk untuk aku. Dia sembur sembur air dan aku ratakan sendiri. Lepastu dia bagi telekung dan tinggalkan aku sensorang solat Zohor dan jamak Asar sekali. Tapi kena 4 rakaat Zohor dan 4 rakaat Asar. Pihak hospital yang ajar semua tu so aku ikut jelah. Aku tak pernah solat dalam keadaan sakit teramat sangat macam tu. Menitik jugak air mata aku tahan sakit sambil solat. Apa pun yang berlaku jangan sesekali kita lupa Allah. Bersalin ni umpama berjihad kepada Allah. Anak ini juga kurniaan daripada Allah. Alhamdulillah. Dah setel semua suami aku datang balik dekat labour room teman aku.”

-Penulis Blog Yanayonet

 

Akhir Kata

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang terbaik awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Insya Allah