6 Tips Mencegah Meroyan Semasa Berpantang (Selepas Bersalin)

Meroyan atau juga dikenali umum sebagai post-partum depression adalah masalah mental yang berlaku kepada wanita selepas bersalin. ‘Post’ bermakna ‘selepas’ dan ‘Partum’ adalah dari perkataan Latin yang bermaksud ‘Membawa/Mengandungi’.

Sebenarnya meroyan semasa berpantang tidak boleh terus dikatakan sebagai gila, ini kerana terdapat tiga kategori meroyan mengikut tahap dari segi perubatan yang, iaitu blues (perasaan sedih agak panjang), depression (kemurungan) dan yang paling teruk adalah psychosis.

Mengikut kajian, perasaan sedih (post-partum blues) boleh menyerang 50% hingga 85% ibu dan kerap berlaku dalam dua minggu setelah melahirkan. Ia boleh dikenali melalui sikap yang berubah mendadak, cepat tersentuh, merasa gelisah dan terasa kesunyian tanpa bantuan.

Kategori kedua pula adalah post-partum depression iaitu kesedihan dan kemurungan yang lebih berpanjangan sehingga setahun selepas melahirkan. Kebarangkaliannya terjadi pula adalah sehingga 13%, iaitu jauh lebih tinggi berbanding meroyan kategori ketiga iaitu post-partum psychosis yang mempunyai kadar hanya 0.01% kemungkinan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah bersalin.

Tanda Meroyan

Terdapat banyak tanda meroyan semasa berpantang yang perlu difahami bakal ibu dan diperhatikan oleh orang disekelilingnya, termasuklah;

  1. Terlalu banyak menangis dan merasa putus asa
  2. Kurang selera makan
  3. Emosi sensitif dan menjauhkan diri
  4. Tidak boleh tidur (insomnia) walau telah dibantu
  5. Tidak cekap menguruskan diri sendiri
  6. Halusinasi seakan berada dalam dunia sendiri
  7. Mendengar ‘bisikan’, cenderung perkara memudaratkan diri dan orang lain

Namun terdapat jenis meroyan yang menjadikan seseorang itu pasif, tidak memudaratkan diri sendiri namun sudah menjadi tidak cekap mengurus diri selain mengalami masalah ingatan. Ibu sahabat baik saya, Auntie ‘Z’ mengalami meroyan jenis ini setelah melahirkan anak kelimanya iaitu adik sahabat saya. Dia terpaksa bersara awal dari menjadi guru sekolah dek kerana tidak mampu menjalankan tugas dan seakan-akan hilang ingatan.

Sehingga kini beliau masih berkeadaan begitu namun dari jauh, keadaannya kelihatan agak normal. Makan dan pakainya dijaga rapi oleh ahli keluarga selain masih mengambil ubat yang dibekalkan hospital. Namun sekiranya berbual dengan beliau, beliau tidak akan menjawab soalan dengan begitu tepat selain akan mengulang mengatakan sesuatu dengan berkali-kali tanpa memandang siapa yang bertanya.

Punca Meroyan

Kerapkali puncanya dikaitkan dengan penurunan mendadak hormon setelah bersalin, walaupun kajian terhadapnya masih dijalankan. Namun perkara berikut mungkin menyumbang kepada punca berlakunya meroyan semasa berpantang;

  1. Perubahan fizikal tubuh
  2. Menghadapi penyakit setelah bersalin seperti masalah pencernaan dan tekanan darah
  3. Proses kehamilan dan bersalin yang sukar
  4. Sokongan kekeluargaan dan kewangan yang goyah
  5. Perubahan jadual tidur dan cara hidup yang lebih fokus kepada bayi; bukan diri sendiri
  6. Sejarah keluarga mengalami depresi

Mencegah lebih baik dari mengubati, namun sekiranya sudah mengalami tanda meroyan semasa berpantang, terdapat pelbagai cara untuk mengubati dan mengatasinya.

Cara Atasi Meroyan

Cara mengubati meroyan adalah melalui pelbagai sudut termasuk memperbaiki hubungan sosial, spiritual dan akhir sekali adalah melalui bantuan perubatan.

  1. Ubat anti depressant iaitu ubat yang membantu mengimbangkan kimia otak yang merangsang emosi
  2. Terapi psikologi melalui perkongsian perasan dan beban yang dirasai
  3. Merapatkan diri dengan Tuhan
  4. Kurangkan rasa mementingkan kesempurnaan
  5. Mendapatkan pembantu rumah
  6. Bergaul dengan ibu-ibu yang lain dan berjumpa teman yang dipercayai

Cara Mencegah Meroyan

Cara terbaik untuk terus mencegah meroyan ketika berpantang dari terkena adalah termasuk;

  1. Membuat pelan pengurusan rumah seperti membeli bekalan makanan dan keperluan secukupnya
  2. Meminta bantuan seseorang menguruskan rumah
  3. Mengikut pantang diet makanan yang kurang minyak, bernutrisi tinggi dan menggunakan bahan segar
  4. Cuba sebaik mungkin mendapatkan rehat dan tidur yang cukup terutama ketika bayi sedang tidur
  5. Mendapatkan urutan tubuh untuk melegakan kesakitan dan menenangkan fikiran
  6. Berbual dan berkongsi segala keresahan yang dirasai

Saya sendiri mengakui saya melalui post-partum blues dimana saya merasa letih dek kerana melayan bayi menyusu dan menangis dengan kerap. Tubuh sendiri masih belum pulih setelah bersalin, kemudian waktu makan dan rehat yang amat diperlukan juga terpaksa ditolak tepi demi memberi sepenuh perhatian kepada bayi sendiri.

Bantuan yang diberi ahli keluarga mencukupi namun ketika sedang berehat atau makan, terbit pula perasaan rasa bersalah kerana meninggalkan bayi bersama ahli keluarga yang terpaksa berhempas-pulas membantu.

Namun terkadang memang mesti ‘mementingkan diri’ dengan mengurangkan pengurusan rumah dan lebih menumpukan kepada mendapatkan waktu rehat dan memanjakan diri demi memulihkan tubuh. Pakej-pakej untuk memulihkan tubuh boleh didapati di PantangPlus.com.

Semoga diizinkan Tuhan ‘menghilangkan’ perasaan murung tersebut melalui usaha anda berterusan.

3 thoughts on “6 Tips Mencegah Meroyan Semasa Berpantang (Selepas Bersalin)”

  1. Assalamualaikum sy Eyra bru bersalin anak pertama dh 15 hr sy tak tahu yg sy ni menghadapi meroyan atau tidak kdg kala saya tgh siap kan anak dan anak mempunyai dan selalu menjerit bila nk di bedung tukar Pampers selalu menjerit sampaikan org tye sy knp ? Masa sy tgh siapkan anak saya kdg² sy rasa mcm nk pukul anak kdg² jerit kdg² mengeluh kdg² marah kn anak tp last lpas semua sy buat gitu tbe² sy sedar sy khilaf sy sedih trus nangis dan meminta maaf pd anak pd Allah sy rasa sy ni mcm tak betul ada suami selalu x tolg x pdai pegang la x pdai buat apa yg dia tahu amek apa yg sy sruh tiap ptg selalu lepak dgn kawan sy merasa mcm pentingnya kwn Dr anak isteri kdg² menangis adakah saya mengalami meroyan ,??

    Reply
    • Waalaikumsalam Puan Eyra. Pihak kami sarankan agar puan segera meminta bantuan dari ahli keluarga terdekat, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban puan terutama sekali berkaitan hal rumah dan juga anak. Sebaiknya puan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan perlu jaga pemakanan agar emosi puan tidak terganggu.

      Reply
  2. assalamualaikum.harini genap 7 hari sy bersalin anak sulung.dan sy berpantang dirumah mentua saya..sy merasakan diri saya xboleh perpisah dgn anak walaupun pada hari pertama,bby di tidurkan bersama nnek dan atuknya,manakala saya di tempatkan di dalam blik. mlm tu sy bgtau suami yg sy resah gelisah bila berjauhan dgn baby walaupun diluar blik tido.suami pujuk mgatakan saya perlu rehat dan beri peluang bby dijaga oleh mentua. bile suami kata bergitu saya amat2 sedih skli.saya jadi takut dan susah nk percayakan org bile baby bukan berada bersama saya.

    saya dan suami ad berbincng berkenaan penjagaan anak selepas tamat tempoh 90 hari bercuti bersalin.memandangkan saya seorg guru baru setahun dan pjj bersama suami.. saya menyatakan hasrat untuk bawa baby tinggal bersama dgn sya.tetapi suami mintak baby biar dijaga oleh mentua . hal ini suami beranggapan untuk menggurangkan kos asuhan dan saya pjj tiada sedara mara di kawasan tersebut.suami maklum biarkan mentua jga sehingga setahun dan selepas itu baby blh saya bawa tinggal bersama.hal ini buatkan sy betul2 tertekan dan sedih teramat sangat.berpisah dgn anak terlalu lama sy tida yakin blh menempuh ujian ini.. setiap kali sy fikirkan hal ini,membuatkan air mata saya mengalir.saya rasa x mampu nk berjauhan dgn anak.

    sy mempunyai pandangan kenapa sy ingin membawa baby bersama kerana waktu persekolahan sy tamat pada jam 2.30 ptg. dan sy mempunyai masa terluang utk bersama baby.. kalau di bandingkan dengan suami yg selalu megejar OT sehingga balk lewat mlm dan ada ketika sabtu ahad pun bekerja.membuatkan sy terfikir masa suami bersama baby adalah terhad jika nak dibandingkan dgn saya. sy bukan untuk menjauhkan baby dgn suami tetapi prinsip saya biarlah anak sndiri dijaga oleh ibubapanya tanpa dibantu oleh org lain.saya lebih rela banyakkan masa bersama baby berbanding memberikan perhatian org lain terhadap baby saya.adakah tahap meroyan saya ini dikategorikan tahap serius? mhom bantu saya, apa jln peyelesaian tbaik utk saya? ap yg boleh saya ckp,sy x rasa blh berjauhkan dgn ank pertama saya ini.gaji sbgai cikgu sy mampu untuk membayar pengasuh ,janji hari2 saya dpt melihat baby di depan mata saya.

    Reply

Leave a Comment