“Aduh, baby dah nak masuk 2 bulan tapi nampaknya berat badan aku masih juga sama. Stres betullah… Macam mana nak turunkan berat badan selepas bersalin ni ya?”
Masa mengandung lagi mungkin ada ibu-ibu yang dah rasa stres dengan kenaikan berat badan masing-masing. Bila dah bersalin, badan pula menggeleber dan tidak seperti waktu zaman anak dara dulu. Hakikatnya, bukan mudah nak turunkan berat badan selepas bersalin dan kembali ke bentuk asal.
Apapun, dengan usaha dan strategi yang betul, anda pasti boleh melakukannya. Jom tengok beberapa tips di bawah untuk membantu anda menjayakan misi ini.
7 Tips Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Dengan Cepat
Berikut adalah tips turunkan berat badan selepas bersalin
1. Amalkan Pemakanan Sihat Sejak Mengandung
Sejak mengandung lagi, seeloknya tabiat pemakanan telahpun dikawal. Memang ada hari-hari tertentu kita mengidam dan rasa nak makan sepuas-puasnya. Tapi, kehamilan tak boleh dijadikan alasan bagi anda ‘makan untuk 2 orang’. Peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan.
Selepas bersalin juga, rutin pemakanan yang sihat semasa berpantang sangat membantu untuk mencepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu menurunkan berat badan. Tapi selepas berpantang, jangan pula balas dendam dan makan semahunya. Sekiranya anda menyusukan bayi, jangan pula mengamalkan diet yang ekstrem. Sebaliknya, tukarkan diet harian kepada pemakanan yang lebih sihat supaya bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.
2. Penyusuan Badan
Menyusu badan memang bagus untuk bayi. Malahan, ia juga baik untuk ibu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa menyusu badan akan dapat meningkatkan tahap metabolisme ibu. Hasilnya, lemak-lemak degil di bahagian pinggul, peha dan perut mudah disingkirkan.
Tahukah anda komposisi utama susu ialah air dan protein? Oleh itu banyakkan pengambilan protein dan air untuk menggalakkan penghasilan susu. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar dengan makanan tambahan seperti kurma, air longan, dan halba untuk membanyakkan susu badan.
Sekurang-kurangnya, susukan bayi anda secara ekslusif hingga 6 bulan dan jika mampu teruskan lagi sehingga mencecah usia 2 tahun.
3. Aktif Bergerak Dapat Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin
Walaupun waktu berpantang adalah waktu berehat, namun anda masih boleh bergerak dan melakukan beberapa aktiviti ringan. Cukuplah dengan banyakkan berjalan di dalam rumah atau mendukung bayi sambil mendodoikannya.Pergerakan ini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan mengekalkan paras jisim tulang yang sihat.
Tapi jangan lasak sangat pula sampai keluar ber‘shopping’ dalam tempoh berpantang. Lebih-lebih lagi yang beranak melalui pembedahan.
4. Pakai Bengkung
Memang sejak dari dahulu lagi perempuan-perempuan Melayu mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten supaya dapat menjaga bentuk badan. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, badan secara automatik akan rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan adalah disyorkan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu mengikat. Jika takut terlanggar bekas luka jahitan, lapikkan dengan tuala wanita bersih sebelum memakai. Walaupun tempoh berpantang sudah habis, anda masih boleh terus memakai bengkung supaya bentuk badan yang langsing dapat dikekalkan.
5. Bertungku
Selain mengamalkan makanan berpantang dan berbengkung, bertungku juga patut diamalkan kerana khasiatnya pada ibu lepas bersalin. Haba daripada herba berkhasiat dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan.
Badan akan terasa lebih segar dan ringan. Luka pembedahan juga lebih mudah sembuh melalui bertungku. Amalkan bertungku selepas mandi pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.
6. Banyakkan Minum Air Kosong Membantu Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin
Menyusu memang menyebabkan kita rasa cepat haus kerana cecair dalam badan yang keluar. Oleh itu, ibu lepas bersalin digalakkan untuk banyakkan minum air bukan sahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dalam membantu mengempiskan perut.
Bila anda minum banyak air, perut juga tidak terasa kosong dan membuatkan anda kurang makan. Amalkan minum segelas air kosong sebelum makan supaya tidak terlebih makan.
7. Dapatkan Rehat Secukupnya
Waktu awal kelahiran memang tidak dapat dinafikan bahawa waktu tidur anda banyak terganggu kerana bayi yang terbangun tengah malam kerana minta disusukan. Rehat yang tidak mencukupi juga membuatkan kadar metabolisme dalam badan menurun. Akibatnya, makin susah nak turunkan berat badan selepas bersalin. Oleh itu, dapatkan rehat secukupnya dalam kesempatan yang ada.
Ibu berpantang boleh memanfaatkan waktu bayi tidur untuk sama-sama tidur sebentar untuk mengembalikan tenaga yang hilang kerana berjaga malam. Waktu tidur yang mencukupi serta pemakanan dan gaya hidup sihat pasti dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang diinginkan.
Yang Penting,Elak Stres!
Untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal bukanlah perkara yang mudah. Namun, anda perlu bersabar dan jangan cepat berputus asa. Berilah badan anda sedikit masa.
Bayangkan, berat badan anda naik dalam masa 9 hingga 10 bulan sepanjang tempoh bersalin. Jadi, jangan harapkan semua berat badan ini dapat ‘hilang’ dalam masa 1 atau 2 bulan saja, kan?
Kalau masih buntu, apa kata hubungi kami di PantangPlus.com untuk mengetahui cara turunkan berat badan selepas bersalin dengan lebih mendalam.
Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!
Memang berkesan. Kakak saya amalkan tips ni makin turun berat badan dia..