Selepas bersalin, badan letih dan rasa layu. Bahasa orang kita, badan rasa lemau. Maka, ramai mencadangkan agar ibu-ibu yang baru lepas bersalin, supaya mendapatkan urut selepas bersalin untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Kelebihan urut selepas bersalin ini bukanlah dongengan semata-mata. Berikut ialah antara kelebihan urut pada ibu selepas melahirkan anak:
Melancarkan perjalanan darah dalam badan antara kelebihan urut selepas bersalin
Urut selepas bersalin ini dapat meningkatkan lagi pengaliran darah. Maka, ini akan membolehkan ibu mendapat lebih banyak oksigen yang disalurkan pada tubuh badan.
Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
Perlu ambil maklum, bahawa urut selepas bersalin ini bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah tegang urat. Cuma ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan.
Antara kelebihan urut selepas bersalin ialah meredakan tekanan
Bila stress, bukankah dengan berurut itu dapat melegakan kita?
Membanyakkan susu badan
Minta tukang urut untuk urut sekali di bahagian payu dara. Perlu diingat, ia bukan menjamin susu jadi banyak. Cuma jika urut payu dara dimasukkan sekali dalam sesi urutan selepas bersalin, ia akan merangsang sel-sel payudara supaya lancar.
Dengan PantangPlus, pakej urut selepas bersalin memang sudah termasuk sekali dengan urut payu dara. Selain dapat hilangkan bengkak susu, dapat juga merangsang sel-sel.
Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak
Semua ibu yang pernah melahirkan anak, pasti bersetuju bahawa melahirkan anak itu menggunakan banyak tenaga, mental dan fizikal. Maka, untuk pulih dengan cepat, ia perlukan sokongan setiap ahli keluarga.
Kebaikan dan kelebihan urut selepas bersalin yang lain ialah:
Mengeluarkan angin dalam badan
Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung
Menaikkan rahim
Mengecutkan rahim
Memecahkan lemak
Mengetatkan dan membentuk kembali tubuh
Menyegarkan badan
Sebelum menjalani urutan selepas bersalin
Pastikan ibu telah memberi susu pada bayi terlebih dahulu. Jika tidak, sediakan susu dengan mengepam sebelum tukang urut datang.
Kenapa?
Ini kerana, proses urutan boleh terganggu kerana bayi akan menangis minta disusukan.
Jika masih lagi tercari-cari tukang urut selepas bersalin, jangan segan-silu untuk hubungi kami di PantangPlus. Kami sedia membantu.