5 Tips Untuk Cepat Bersalin

Jika si ibu hamil telah sampai due date tapi masih belum ada tanda-tanda nak bersalin, berikut adalah beberapa perkongsian tips untuk cepat bersalin yang si ibu boleh amalkan.

Banyakkan Bersenam Dan Berjalan Kaki Merupakan Tips Untuk Cepat Bersalin Yang Terbaik!

Si ibu disarankan untuk memperbanyakkan senaman ringan seperti berjalan kaki atau menaiki turun tangga. Ini akan membantu untuk mengembangkan serviks anda dan menyebabkan bayi turun lebih jauh ke dalam saluran kelahiran.

Mengamalkan Evening Primrose Oil (EPO)

EPO merupakan antara tips yang dapat membantu untuk melembutkan serviks anda. Si ibu boleh pilih samada untuk memasukkannya ke vagina atau menyapu EPO ke vagina si ibu. Terdapat beberapa bukti yang telah mengesahkan bahawa kaedah ini berkesan.

Makan Makanan Pedas

Walaupun amalan memakan makanan pedas ini tidak disarankan oleh sesetengah pendapat namun begitu untuk keadaan ini si ibu disarankan untuk memakan makanan pedas. Hal ini kerana, makanan yang pedas akan menyebabkan badan anda melepaskan prostaglandin sepanjang proses penghadamannya. Oleh itu, hormon-hormon ini boleh menyebabkan pengecutan dalam rahim.

Ransangan Nipple

Ini adalah antara kaedah yang dapat membantu rahim anda mengecut dan akan mempercepatkan proses bersalin. Si ibu boleh menggunakan pam payudara untuk ransangan yang lebih kuat ataupun boleh minta bantuan pasangan untuk memainkan peranannya. 

Antara Tips Untuk Cepat Bersalin Ialah Dengan Kerap Melakukan Hubungan Intim

Hubungan intim telah terbukti dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran melalui beberapa caranya yang berkesan. Antaranya adalah:

  • Hubungan intim dipercayai membantu meransang rahim ke dalam pengecutan
  • Hubungan intim akan membebaskan oxytocin
  • Air mani yang dikeluarkan melalui hubungan intim dapat membantu melembutkan serviks si ibu dek kandungan kepekatan prostaglandin nya yang tinggi

 

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah