Susu Untuk Ibu Hamil (Cari Yang Sesuai, Bagus & Terbaik)

Kalau anda sayang diri sendiri dan bayi dalam kandungan, anda perlu jaga makanan dan minuman. Selain dari segi spritiual seperti membaca surah untuk ibu mengandung, anda juga digalakkan minum susu untuk ibu hamil yang penting dalam aspek fizikal.

Dalam mencari susu, jangan lupa bersedia dengan mencari pakej berpantang selepas bersalin nanti.

Izinkan kami berkongsi.

Selain asid folik, minumlah susu

Selain asid folik penting kepada si ibu supaya anak mendapat zat yang cukup, pengambilan susu juga perlu diutamakan kerana wanita hamil memerlukan kalsium yang tinggi.

Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang menyatakan si ibu memerlukan antara 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.

Terdapat banyak pilihan susu untuk ibu mengandung yang boleh didapati di pasaran dan kaya dengan nutrien penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA dan EPA.

Susu untuk ibu hamil

Di sini kami kongsikan 7 jenama susu yang terbaik untuk ibu-ibu hamil.

 

Susu untuk ibu hamil

ENFAMAMA A+

Produk dari Mead Johnson ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya. Ia sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil atau yang telah berpengalaman. Enfamama A+ ini kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6 dan DHA serta Choline yang membantu tumbesaran janin sempurna. Inulin atau ‘prebiotic’ pula membantu mengekalkan kesihatan usus si ibu.

Susu ini sesuai terhadap kandungan yang berusia 1 hingga 3 bulan.

    Susu untuk ibu mengandung

NESTLE MOM & ME

Produk ini juga antara yang digemari ramai ketika berada di trimester pertama. Rumusan khas dengan 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, vitamin A dan C serta kalsium membantu si ibu mendapatkan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain itu susu keluaran Nestle ini juga mengandungi protein yang menyokong keperluan bayi di dalam kandungan bakteria baik Bifidus BL yang bertindak melindungi usus si ibu.

 ANMUM MATERNA untuk si ibu yang sering mual

Hadir dengan keperluan AHA/DHA sebagai sumber tenaga tambahan kepada si ibu, Anmun Materna merupakan susu untuk ibu mengandung yang prihatin dengan perkembangan membran sel otak janin. Susu ini juga diperkata dengan ganglioside, GA dan DHA yang membantu perkembangan sel otak bayi lebih sempurna dan membantu peredaran darah si ibu dengan lancar. Khasiat untuk tulang juga dipastikan menerusi kandungan serat folat seperti kalsium mineral dan zat besi.

RISOMUM GOLD  – susu untuk ibu mengandung yang mengalami anemia

Anemia terjadi kerana kurangnya zat besi dalam badan yang berperanan sebagai haemoglobin. Keadaan ini terjadi apabila darah tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesannya si ibu akan mudah berasa mual dan pening.

 

Frisomum Gold penuh dengan protein yang baik untuk mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu mengandung. Ia juga kaya dengan prebiotic, kalsium dan zat besi. Kualiti nutrisi susu ini dijaga dan dijamin dengan proses pembuatannya sebagai tunggal (single process) supaya susu ini mudah dicerna oleh badan.

 

 DUMEX MAMIL MAMA PRECINUTRI

Ketika hamil, si ibu sering berdepan dengan masalah selera makan. Jika sebelum ini anda seorang yang selera makan apa sahaja, namun jangan terkejut jika awal kehamilan, tekak anda menolak pelbagai jenis makanan walaupun dalam keadaan lapar. Masalah ini jika tidak ditangani akan membahayakan kesihatan si ibu dan kandungan.

Susu untuk ibu mengandung daripada Dumex ini dirumus khas dengan nutrien seperti DHA, Omega 3 dan 6, asid folik dan rendah lemak. Ia juga dilengkapi dengan prebiotic untuk membantu perkembangan Bifidus BL dan menjaga sistem pencernaan.

 

 ABBOTT SIMILAC MOM WITH DHA – susu untuk ibu mengandung yang mengalami kencing manis

Nafsu makan ketika hamil sukar dikawal. Kerana itulah doktor sering berpesan untuk menjaga pengambilan gula. Pengambilan gula yang tidak terkawal menyebabkan si ibu berisiko dengan kenaikan berat badan mendadak, Gestational Diabetis Mellitus (intoleransi glukosa) dan kerosakan organ dalaman. Bukan itu sahaja ia turut memberi kesan kepada kandungan, antaranya berat lahir tidak normal, obesiti dan kelahiran pra-matang.

 

Similac Mom merupakan susu rendah lemak yang baik untuk si ibu yang berdepan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Selain itu, pembentukan dan perkembangan otak janin juga dilengkapi dengan formulasi sistem EyeQ, Vitamin E semulajadi dan Lutein.

Susu untuk ibu hamil

MILK BOOSTER MOMMA PREGOLACT

Setiap ibu mengimpikan untuk memberi susu badan yang kaya dengan nutrient semulajadi. Namun ada juga yang kekurangan susu dan akhirnya terpaksa memberi susu formula. Momma Pregolact adalah susu untuk ibu mengandung atau yang menyusukan bayi kerana lengkap dengan nutrisi penting. Ia juga bertindak sebagai perangsang susu kepada ibu-ibu yang merasakan susunya tidak cukup. Bukan itu sahaja, ia membantu menambahkan kuantiti dan memekatkan susu badan si ibu.

Semestinya ia pilihan yang bijak buat si ibu yang mahu memberi susu badan sepenuhnya kepada si anak.

 

Akhir kata

Jika diikutkan banyak lagi jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran. Namun ia bergantung kepada citarasa si ibu. Apa yang penting, pastikan susu diminum mengikut keperluan setiap hari dan sentiasa mendapat nasihat doktor tentang kesihatan si ibu dan kandungan.

Kehamilan merupakan momen yang paling indah buat seorang wanita apabila dirinya disahkan telah berbadan dua. Apatah lagi melihat perubahan bentuk badan, pergerakan kecil si bayi dan pengalaman berdepan dengan ‘morning sickness’ yang mungkin teruk bagi sesetengah wanita. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat serta cukup sifat fizikal dan mental.

Penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan ketika awal kehamilan lagi supaya kesihatan bayi terjamin.

Leave a Comment