5 Soalan Popular Ketika Mengandung

Kehamilan merupakan satu anugerah yang dikurniakan tuhan kepada semua wanita. Fasa kehamilan merupakan fasa yang penuh cabaran bagi semua bakal ibu. Baik ‘morning sickness’ mahupun sakit belakang merupakan cabaran yang harus ditempuhi dengan tenang. Disini kami akan kongsikan 5 soalan popular ketika mengandung yang wajib ibu tahu dan sedikit sebanyak dapat menyenangkan ibu ibu melalui fasa kehamilan.

Apakah Makanan Yang Perlu Saya Elakkan Ketika Hamil?

Ketika hamil kita memerlukan lebih nutrisi seperti vitamin, mineral seperti zat besi dan asid folik, protien, dan kalori untuk kekal lebih sihat. Makanan yang sihat dan tinggi nutrisi sangat penting untuk menjaga kesihatan baik untuk ibu dan bayi. Makanan-makanan yang patut dielakkan ialah:

  • Daging lembu, ayam yang mentah atau kurang masak
  • Susu tidak dipasteur
  • Keju
  • Makanan laut mentah

Makanan ini dikhuatiri mempunyai bakteria yang boleh membahayakan kandungan anda.

Berat Badan Saya Perlu Naik Berapa Banyak ketika mengandung?

Berat Badan ketika mengandung selalunya ditentukan dengan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI) pra-kehamilan. Ia dikira mengikut berat badan dan tinggi. Ini merupakan berat badan ideal semasa mengandung:

  • Berat badan ideal (BMI 18.5 hingga 24.9) Perlu naik antara 11 hingga 16 kilogram
  • Kurang berat badan (BMI bawah 18.5) Perlu naik antara 13 hingga 18 kilogram
  • Lebih berat badan (BMI 25.0 hingga 29.9) Perlu naik antara 7 hingga 11 kilogram
  • Obes (BMI 30.0 keatas) Perlu naik antara 5 hingga 9 kilogram
  • kehamilan kembar. Perlu naik antara
    • 17 hingga 24 kilogram jika berat yang sihat
    • 14 hingga 23 kilogram jika terlebih berat badan
    • 11 hingga 19 kilogram jika obes

Apakah Ujian Dan Pemeriksaan Yang Saya Perlukan?

Semasa kehamilan anda perlu melakukan beberapa pemeriksaan dan ujian pranatal. Ia penting untuk memberitahu anda tentang perkembangan bayi, seperti kemungkinan bayi anda mengalami gangguan genetik. Selalunya ujian dilakukan semasa trimester ketiga. Anda mungkin akan diminta menjalanai ujian air kencing, ujian darah dan beberapa ujian lain semasa hamil.

Kenapa Saya Mengalami Sembelit ketika mengandung?

Sembelit adalah perkara yang biasa berlaku semasa hamil kerana disebabkan oleh hormon-hormon didalam badan yang meningkat secara mendadak. Banyakkan pengambilan makanan berserat dan anda perlu minum banyak air supaya sister pencernaan anda berjalan dengan lancar.

Mengapa saya terkencing di dalam seluar ketika hamil?

Kebanyakan wanita mengandung terkencing sedikit apabila mereka batuk, bersin atau ketawa kerana tekanan yang berlebihan ke atas pundi kencing. Walaupun hanya beberapa titis, ia tetap akan membuatkan wanita berasa malu. Amalkan senaman lantai pelviks atau Kegels untuk menguatkan lantai pelvik anda.