Selebriti terkenal seperti Serina Redzuawan dan Dynas Mokhtar adalah antara pengguna Set Berpantang Tanamera.
Ramai tertanya-tanya, “Bagus ke Set Berpantang Tanamera?”. Jawapannya, kena cuba dulu. Sambil-sambil itu, cuba tanya pengalaman orang lain yang pernah guna set berpantang ini.
Di mana boleh beli Set Bersalin Tanamera?
Tak banyak tempat yang jual secara ‘walk-in‘. Kebanyakannya, ramai yang beli secara online. Nasib baik PantangPlus.com dilantik sebagai salah satu Master Reseller untuk Set Bersalin Tanamera.
Kalau nak dapatkan harga diskaun, hubungi kami seperti di bawah.
Review Set Berpantang Tanamera
Berikut adalah antara keistimewaan Set Bersalin Tanamera yang menjadikannya antara produk paling dipercayai di Malaysia.
Set Tanamera Menggunakan 100% Bahan Semulajadi
Salah satu daripada faktor yang paling menarik perhatian adalah kerana ramuannya yang terdiri daripada 100% bahan semulajadi, iaitu dengan penggunaan herba tropika dan pati minyak. Ia sama sekali tidak mengandungi pewarna tiruan, pewangi, pengawet, mahupun bahan kimia toksik.
Di samping itu, Set Bersalin Tanamera juga tidak menawarkan ‘jamu’ yang dikhuatiri boleh menjejaskan penyusuan atau menyebabkan bahaya kepada bayi (seperti jaundis) yang sering dikaitkan dengan pengambilannya.
Selain bahan-bahan herba, Bengkung Tanamera juga diperbuat daripada 100% kain kapas yang sejuk, selesa, selamat, dan lebih berkesan untuk merampingkan tubuh.
Cara Penggunaan Set Pantang Tanamera Moden & Praktikal
Berdasarkan rawatan tradisional orang Melayu, Cina dan Ayurveda, bahan-bahannya bersifat universal dan tidak terhad untuk sesetengah kaum saja, bahkah sesuai untuk semua rakyat Malaysia.
Sekalipun ramuannya dirumus secara tradisional, tapi ia dipakejkan dalam bentuk yang moden, praktikal dan begitu mudah digunakan walaupun seseorang berpantang sendiri di rumah.
Semua 10 produk yang disertakan dalam set bersalin boleh dikendalikan sendiri oleh ibu semasa berpantang tanpa melibatkan proses yang sukar seperti menumbuk, memasak, dan sebagainya.
Set Berpantang Tamanera Boleh Digunakan Semasa Hamil Lagi
Memang jimat dan berbaloi, anda boleh menggunakan beberapa produk seperti Minyak Urut Herba dan Minyak Kelapa Dara semasa mengandung lagi.
Urutan dengan Minyak Urut Herba akan menenangkan dan melegakan tekanan atau sakit sendi yang dialami semasa mengandung. Uniknya, Minyak Urut Herba ini tidak terlalu panas kerana ramuan yang digunakan adalah daripada ekstrak tumbuhan semulajadi.
Sementara itu, Minyak Kelapa Dara boleh dimakan atau digunakan untuk urutan perineum bagi memudahkan regangan faraj semasa bersalin, sekaligus meminimakan koyakan.
Set Bersalin Yang Selamat Untuk Bayi
Sekalipun Set Bersalin Tanamera mementingkan unsur-unsur semulajadi dan tradisional, ianya mempunyai sedikit perbezaan dengan jamu-jamu tradisonal.
Set Bersalin Tanamera semuanya berbau harum dan tidak meloyakan. Wangian ini bukanlah daripada aroma pewangi kimia, tetapi semuanya adalah daripada bahan semulajadi.
Bagi yang susah ‘menelan’ jamu, jangan risau kerana hanya 1 produk saja yang perlu diminum, iaitu teh herba.
Produk Tanamera Mesra Untuk Ibu Menyusu
Hampir kesemua 10 produk dalam set berpantang ini adalah untuk penggunaan luaran kecuali Teh Herba dan Minyak Kelapa Dara (kegunaan luaran dan dalaman).
Berbanding jamu, Teh Herba ini selamat untuk ibu menyusu kerana ia dirumus khas untuk menggalakkan aliran susu ibu. Tambahan pula, ia mempunyai kesan aromaterapi untuk menenangkan ibu-ibu.
Jadi, anda tak perlu risau akan kesan sampingannya terhadap ibu menyusu mahupun bayi.
Set Berpantang Tanamera Sesuai Untuk Ibu Yang Bersalin Pembedahan
Sekiranya anda bakal melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean, usah khuatir kerana set bersalin ini bukanlah hanya untuk mereka yang bersalin normal saja. Cuma, anda dinasihatkan untuk melewatkan sedikit penggunaannya – terutamanya dalam penggunaan bengkung dan bertungku.
Maka, pastikan anda hanya menggunakan bengkung apabila jahitan kering. Bertungku pula tidak boleh dilakukan di kawasan abdomen dan hanya dibenarkan pada kawasan paha, pergelangan kaki dan belakang.
Selain itu, bahan lain boleh digunakan seperti biasa mengikut arahan pada produk.
Boleh Digunakan Tanpa Ragu-ragu
Paling penting, Set Bersalin Tanamera telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta turut mempunyai sijil Halal oleh JAKIM.
Produk Yang Terdapat Dalam Set Bersalin Tanamera
Ini adalah barag lengkap yang ada dalam Set Bersalin Tanamera. Set ini mengandungi 10 produk penjagaan yang boleh digunakan sejak mengandung lagi supaya mudah bersalin tanpa koyakan faraj. Seterusnya, ia boleh digunakan semasa berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera.
10 produk yang terdapat dalam Set Bersalin Tanamera termasuklah:
- Minyak Kelapa Dara
- Sabun Mandi Herba
- Minyak Urut Herba
- Herba Pembersih Wanita
- Mandian Herba
- Tapel
- Pilis
- Bengkung
- Teh Herba
- Lulur Badan Herba
Akhir kata
Penjagaan semasa berpantang adalah amat penting untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan wanita dalam tempoh terdekat dan buat jangka masa panjang. Selepas survey demi survey, anda pasti akan mendapati ramai wanita yang menyenaraikan Set Berpantang Tanamera dalam pilihan wishlist ibu mengandung. Selain dikenali ramai, ianya mempunyai banyak keistimewaan yang menyerlah berbanding jenama lain.
Ramai yang mempercayai keberkesanan set berpantang ini selepas menggunakannya. Selain dijual dalam bentuk set, ia juga boleh dibeli dalam loose item. Manalah tahu ada yang nak cuba 1-2 item terlebih dahulu.
Tepuk dada, tanya poket.
Klik sini untuk dapatkan Set Bersalin Tanamera di Shopee kami!