Pakej Orkid
Masa terhad dan hanya untuk 100 booking sahaja, siapa cepat dia dapat
17 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021
RM1395
RM2785
Apa yang ada dalam pakej berpantang ini?
Pakej berpantang kami adalah rawatan holistik, lengkap dengan semua rawatan di bawah (kecuali sengkak dan keguguran).
Pakej untuk si ibu

Urut
Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa.

Tungku
Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Param Pilis Tapel
Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.

Bengkung
Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.

Sengkak
(*Optional) Urutan khas untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh.

Tangas
Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim.

Mandi Herba
Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.

Makanan Pantang
Makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan.

Lulur
Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.

Urut Bengkak Susu
Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu.

Urut Kepala Buang Angin
Menghilangkan sakit atau pening kepala yang terjadi disebabkan oleh otot keras yang berbuku-buku di sekitar kepala.

Pakej Keguguran
(*Optional) Walaupun tak ada rezeki, badan tetap kena jaga. Sama maca orang bersalin biasa.
Pakej untuk si manja

Mandi
Menyegarkan & menenangkan bayi. Jadi wangi dan ‘fresh’.

Urut
Menjadikan bayi lebih relaks, kurang meragam & menikmati tidur yang lebih lena.

Tuam
Mengelakkan perut bayi kembung, mudah buang angin (kentut) & elakkan angin pasang.

Pakai Barut
Memelihara perut bayi yang masih lembut dan mengelakkan dari terkena kembung perut.
Pakej Orkid sebagai salah satu alternatif untuk ibu-ibu mengambil pakej berpantang
Masa Promosi Terhad, Tempah Sekarang!
Guna Promo Code kami : PakejOrkid
Dan letak di ruangan mesej di bawah 👇