Bagi ibu mengandung yang bakal bersalin tidak lama lagi, kami di PantangPlus ada menyediakan pakej berpantang Gombak.

Pakej berpantang Gombak, cover kawasan mana?
Pakej pantang kami cover kawasan ini:
- Batu 3 – Batu 12
- Taman Desa Gombak
- Kampung Puah
- Kampung Puah Lembah
- Kampung Sungai Merali
- Kampung Kuantan
- Kampung Banda Dalam
- Kampung Padang Balang
- Setapak Garden
- Taman Ibukota
- Taman Medan Idaman
- Kampung Sungai Mulia
- Kampung Lee Kong Chian
- Kampung Kerdas
- Kampung Changkat
- Gombak Setia
- Taman Perwira
- Taman Setia
- Taman Perwira Indah
- Taman Harmonis
- Taman Bukit Sentosa
- Kampung Tengah
- Kampung Tengah Lembah
- Taman Bukit Lela
- Kampung Simpang 3
- Taman Berlian
- Taman Sahabat
- Taman Desa Minang
- Taman Melewar
- Taman Rowther
- Kampung Lembah Melewar
- Taman Koperasi Polis
- Taman Changkat Desa
- Taman Greenwood
- Taman Greenwood Indah
- Kampung Sungai Chinchin
- Kampung Gombak Utara
- Kampung Sungai Pusu
- Taman Villa Bestari
- Taman Desa Gemilang
- Kampung Sungai Salak
- Taman Sulaiman Jaya
- Taman Desa Makmur
- Kampung Bukit Kala
- Kampung Sungai Rumput
Apa yang termasuk dalam pakej berpantang Gombak ini?
Pakej rawatan selepas bersalin di rumah kami terbukti berkesan. Sudah banyak pakej pantang Gombak yang kami jual.
Mothercare

Urut
Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa.

Tungku
Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Param Pilis Tapel
Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.

Bengkung
Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.

Sengkak
(*Optional) Urutan khas untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh.

Tangas
Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim.

Mandi Herba
Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.

Makanan Pantang
Makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan.

Lulur
Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.

Urut Bengkak Susu
Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu.

Urut Kepala Buang Angin
Menghilangkan sakit atau pening kepala yang terjadi disebabkan oleh otot keras yang berbuku-buku di sekitar kepala.

Pakej Keguguran
(*Optional) Walaupun tak ada rezeki, badan tetap kena jaga. Sama maca orang bersalin biasa.
Babycare

Mandi
Menyegarkan & menenangkan bayi. Jadi wangi dan ‘fresh’.

Urut
Menjadikan bayi lebih relaks, kurang meragam & menikmati tidur yang lebih lena.

Tuam
Mengelakkan perut bayi kembung, mudah buang angin (kentut) & elakkan angin pasang.

Pakai Barut
Memelihara perut bayi yang masih lembut dan mengelakkan dari terkena kembung perut.