Makanan Yang Boleh Dimakan Semasa Pantang (Ada 7 Jenis)

Bagi anda yang sedang berpantang sekarang, berikut adalah antara senarai jenis makanan yang boleh dimakan semasa pantang. Kami juga akan senaraikan apakah antara makan yang dilarang dan tidak boleh dimakan ketika berpantang.

Di PantangPlus, tukang urut yang merangkap tukang masak akan masakkan makanan yang sesuai dan berkhasiat untuk ibu selepas bersalin. Tak perlu order makanan atau masak sendiri. Sudah tersedia dalam pakej penjagaan ibu berpantang.

Ibu-Ibu, Ketahui 7 Jenis Makanan Dalam Pantang Yang Boleh Dimakan Dan Dilarang!

“Zaman dah berubah, Mak… Orang muda hari ini tak ikut pantang macam dulu-dulu dah…,” balas Siti apabila dinasihatkan oleh ibunya supaya menjaga pengambilan makanan dalam pantang dengan betul.

 

Persoalannya, benarkah tanggapan Siti itu?

Selepas melalui fasa kesakitan ketika proses melahirkan, para ibu seharusnya menikmati tempoh berpantang dengan sebaiknya supaya badan sihat semula secara luaran dan dalaman.

Meskipun peredaran masa berlalu dengan pantas dan tanggapan amalan berpantang di kalangan wanita moden pada hari ini sebagai ketinggalan zaman, namun perlu diketahui pantang larang selepas melahirkan ada manfaatnya. Apatah lagi jika si ibu berpantang dengan mak sendiri atau mak mertua di kampung, confirm banyak senarai yang boleh-dan-tidak boleh!

Perlu ingat, berhati-hati dengan pengambilan makanan dalam pantang bukan sahaja baik untuk ibu, malah untuk si bayi, lebih-lebih lagi yang sedang menyusu badan.

Jangan buang masa, jom kita lihat senarai makanan dalam pantang yang boleh atau sebaliknya untuk ibu-ibu amalkan sepanjang tempoh berpantang.

 

JENIS IKAN, LAUK DAN MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

 Yang boleh

salmon

  • Ikan haruan, selar, merah, salmon, gelama, jenahak, bilis dan senangin.

 

Yang tak boleh

ikan keliketam

  • Ikan keli, bawal hitam, terubuk, kembung, cencaru, sembilang, ikan masin dan ikan keli.

 

Nota tambahan – Makanan laut seperti ketam, sotong, kerang dan udang adalah PALING TAK BOLEH MAKAN!

 

AYAM DAN DAGING; JENIS LAUK DAN MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

Yang boleh

  • Ayam biasa, ayam kampung, ayam selasih, burung puyuh, merpati, ayam didik.
  • Daging kambing, daging batang pinang dan daging yang kurang bahagian lemak.

 

Yang tak boleh

  • Elakkan mengambil ayam dan daging di bahagian yang mempunyai lemak.

  

AIR YANG BOLEH DIMINUM KETIKA PANTANG

 air suamjus pegagaair kunyit

 Yang boleh

  • Air suam, air halia, air kunyit, air coklat, madu dan jus pegaga.

 

Yang tak boleh

  • Air yang bergas, ais sejuk, kelapa muda, tebu, cincau, jus buahan dan cuka buah.

 

SAYUR-SAYURAN YANG BOLEH DIMAKAN KETIKA BERPANTANG

Apakah antara sayuran atau makanan yang boleh dimakan semasa pantang?

Yang boleh

brocollilobak putih

  • Sawi, lobak putih, lobak merah, brokoli, ubi kentang dan bayam.

 

Yang tak boleh

  • Kubis, kacang panjang, kacang botol, petai, kangkung, terung, pucuk paku, jering, ubi kayu, timun, tomato, labu dan sayur keladi.

 

ULAM-ULAMAN; MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

Boleh dikatakan kesemua jenis ulam tidak ‘berbahaya’ dan boleh dijadikan hidangan makanan dalam pantang seharian. Sama ada dibuat makan atau dijadikan minuman, terserah kepada selera para ibu.

Jadi, apakah antara ulam-ulaman atau makanan yang boleh dimakan semasa pantang?

  • Ulam raja, pegaga, bunga kantan, halia muda, kunyit, lengkuas, daun kesum, daun pudina, ubi cekur, jantung pisang, mengkudu dan daun kaduk.

 

BUAH-BUAHAN YANG BOLEH DIMAKAN DALAM BERPANTANG

Bagi yang tidak tahu, berikut ialah buah-buahan dan makanan yang boleh dimakan semasa pantang.

Yang boleh

  • Kurma, kismis, longan cina, peach, prune, epal merah, buah anggur, oren dan blueberry.

 

Yang tak boleh

  • Nenas, betik, durian, tembikai, pisang, kuinin, sengkuang, cempedak, nangka, langsat, belimbing, ciku, manggis, jambu dan pear.

 

MAKANAN LAIN

Berikut ialah antara makan lain yang boleh dimakan semasa pantang.

Yang boleh

  • Roti, biskut, oat, nestum dan menu yang dimasak secara bakar, panggang, rebus dan kukus.

 

Yang tak boleh

tempe

  • Laksa, tempe, makanan yang terlalu berminyak dan daging yang diproses.
  • Kekacang – ada bayi yang alah dengan makanan berasaskan kekacang. Pastikan si ibu makan dalam kuantiti yang kecil dahulu dan perhatikan tanda atau gejala seperti bintik merah, ruam atau bengkak.
  • Jamu dan herba – Rata-rata para ibu turut mengambil jamu dan herba selain mengamalkan makanan dalam pantang dengan betul. Adakalanya pengambilan jamu dan herba akan menyebabkan bayi mengalami demam kuning. Jika demikian, hentikan pemakanan dan amalkan pemakaian pilis dan param buat sementara waktu.

Antara Pam Susu Terbaik!

Real Bubee Double Electric Breast Pump Milk Bottle (200+ 5 Star Rating)

 

Akhir kata

Apa-apa pun, dalam tempoh berpantang ini amalkan pemakanan yang cukup gizi, seimbang dan sihat. Tiada istilah jemu dengan makanan dalam pantang sekiranya si ibu tahu mempelbagaikan cara hidangan.

Diharapkan agar perkongsian makanan yang boleh dimakan semasa pantang ini dapat membantu anda menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat.

Akhir sekali, anda juga boleh dapatkan perkhidmatan perbidanan profesional  dari PantangPlus yang menyediakan Program Daily Visit dan Stay In untuk ibu bersalin. Selain mengurut, servis ini juga membantu menyediakan makanan dalam pantang untuk anda.

Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!