“Dah macam-macam petua dan tips aku cuba. Nampaknya masih belum ada rezeki nak dapat zuriat. Patutkah aku buat rawatan kesuburan di klinik? Bagaimana prosedurnya ya?”
Pasangan yang sudah berumah tangga pasti menanti-nantikan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil yang baru dibina. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencapai hajat tersebut. Gaya hidup telah diubah kepada lebih sihat. Kaedah tradisional juga telah dicuba namun masih belum membuahkan hasil.
Syukurlah pada zaman teknologi perubatan yang semakin maju, pelbagai alternatif rawatan kesuburan dapat dicuba untuk membantu proses kehamilan.
5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia
Rawatan kesuburan di Malaysia boleh dilakukan di Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara), sesetengah klinik kerajaan atau klinik / hospital swasta yang khusus.
Rawatannya adalah berperingkat dan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Namun, lazimnya ia merangkumi 5 jenis ini:
1. Ubat Hormon
Ubat ini popular dengan nama komersialnya, Clomid. Ubat ini membantu wanita membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone). Biasanya doktor akan mengsyorkan ubat ini sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak normal dan pada pasangan yang mempunyai kesuburan normal tetapi si isteri masih belum berjaya untuk hamil.
Dalam kaedah ini, doktor akan mengesyorkan agar mengambil ubat pada hari ketiga haid untuk lima hari. Ovulasi akan berlaku selepas 7 hingga 8 hari rawatan Clomid. Doktor kemudiannya akan mengesahkan waktu ovulasi serta waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual.Waktu ovulasi dapat disahkan dengan beberapa ujian seperti ujian darah, ujian suhu badan basal serta ultrasound.
Sepanjang pengambilan ubat, pesakit akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti kembung perut, dan tidak selesa semasa melakukan hubungan intim.
2. Suntikan Hormon Sebagai Rawatan Kesuburan
Suntikan ini adalah dos Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang membantu pembentukan telur yang sihat dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Kaedah ini adalah alternatif perubatan lain sekiranya ubat clomiphene tidak berkesan bagi tubuh.
Selain pada wanita, ubat ini juga berkesan meningkatkan jumlah sperma pada lelaki. Suntikan ini juga meningkatkan kebarangkalian untuk anda mendapat kembar dua atau tiga. Kaedah ini terbukti membantu peningkatan kebarangkalian untuk mengandung sebanyak 15% dalam satu kitaran ovari.
Suntikan ini memberi kesan sampingan minimum pada badan seperti kemerahan pada bahagian suntikan serta bengkak pada bahagian dada. Sesetengah wanita yang mengamalkan kaedah ini juga mengalami ‘ovarian hyperstimulation syndrome’ (OHSS) terutamanya pada kitaran pertama penggunaan ubat ini. Jika simptom semakin serius seperti sakit perut, muntah dan cirit-birit, dapatkan nasihat doktor segera.
Apapun, anda tidak perlu risau kerana doktor mengesahkan bahawa kaedah ini tidak akan membuatkan si pengguna berisiko terkena kanser ovari.
3. Kaedah IUI
Teknik IUI atau Intra Uterine Insemination ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita melalui satu tiub halus sewaktu ovulasi hampir berlaku.
Doktor akan mengesyorkan kaedah ini sekiranya wanita itu mempunyai ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan dan ovulasi yang normal. Prosedur ini juga dilakukan sekiranya lelaki mempunyai masalah mati pucuk atau ejakulasi pra-matang atau sperma yang tidak terlalu bermasalah.
Dalam kaedah ini, si isteri diberi preskrispsi ubat kesuburan untuk beberapa hari sebelum prosedur dilakukan. Suami pula perlu menyediakan sampel sperma semasa hari prosedur. Sperma yang sihat akan dipilih dan dipindahkan terus ke dalam rahim melalui tiub kecil. Kaedah ini dilihat mempunyai peratusan keberkesanan yang lebih tinggi pada pasangan yang lebih muda.
4. Rawatan Kesuburan Menggunakan Teknik IVF
Persenyawaan in-vitro (IVF) dilakukan dengan cara mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal. Kemudian embrio yang terhasil akan dipindahkan dalam rahim wanita.doktor akan mencadangkan kaedah ini sekiranya:
- Isteri mempunyai masalah pada tiub fallopian atau kitaran ovulasi
- Suami mempunyai masalah kekurangan sperma atau sperma yang tidak subur
Isteri akan diminta doktor supaya mengambil ubat kesuburan untuk mendapatkan beberapa telur. Kemudian, doktor akan memilih telur yang sihat untuk menjadi sampel melalui teknik ultrasound dan pembedahan kecil.
Si suami pula perlu menyediakan sampel sperma. Dalam peringkat ‘insemination’, telur dan sperma pasangan akan digabungkan dan disimpan di makmal untuk pemerhatian. Jika berjaya, gabungan tersebut akan bertukar menjadi embrio dan akan dipindahkan di dalam rahim isteri.
5. Pembedahan
Selain kadar rembesan hormon dan waktu ovulasi yang tidak tetap, tiub fallopian yang tersumbat atau ketumbuhan tidak normal dalam rahim turut menjadi punca ketidaksuburan pada wanita. Rawatan kesuburan kaedah pembedahan major iaitu laparotomy atau pembedahan kecil seperti endoscopy boleh mengatasi masalah ini.
Dalam prosedur laparotomy, doktor akan membuat pembukaan pada bawah abdomen bagi melihat keadaan pelvis secara menyeluruh. Prosedur endoscopy pula dilakukan dengan kaedah laporoscopy iaitu dengan memasukkan teleskop kecil melalui dinding abdomen dan hysteroscopy iaitu dengan cara memasukkan teleskop kecil melalui serviks. Kaedah pembedahan ini dapat merawat masalah kesuburan seperti endometrosis, pembentukan cyst serta tiub fallopian tersumbat.
Jalani Diagnosis Yang Terperinci
Saranan daripada doktor amat penting untuk memilih prosedur terbaik untuk rawatan kesuburan. Semua prosedur diatas perlu memiliki beberapa kriteria bagi mencapai peratusan kehamilan yang lebih tinggi. Ia juga mungkin perlu dilakukan beberapa kali sebelum berjaya hamil.
Dengan informasi ini, warga PantangPlus sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anda. Jika anda dan pasangan mahu merancang untuk membina keluarga, buatlah temujanji dengan doktor supaya puncanya dapat ditemui, dan diagnos yang terperinci dan tepat dapat diberikan.
Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!
Saya dah banyak kali usaha..tapi tetap tak boleh mengandung…adakah saya mandul
Mna mna nak buat appointment ye?
Hi Puan. Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut https://bit.ly/pakejpantang2022
Saya sudah berusia 50 tahun dan suami masih muda usia 34 tahun. Masih datang bulan seperti biasa. Dekat mana saya bole buat appointment