Cara Menaikkan Uri Ketika Mengandung (5 Ikhtiar Untuk Hamil)

Kedudukan uri terbalik semasa kehamilan sememangnya perkara yang ditakuti oleh ibu lebih lebih lagi kepada ibu yang menghadapi kelahiran pertama. Jangan bimbang, kami akan kongsikan cara menaikkan uri ketika mengandung.

Uri terbalik atau Plasenta Previa ini bermaksud kedudukan uri berada di bawah bayi menutupi bahagian pembukaan Serviks.

Ini menyebabkan kesukaran apabila proses bersalin nanti, malah boleh menyebabkan maut disebabkan pendarahan serius.

Apakah punca terjadi Plasenta Previa?

Hingga kini puncanya masih belum dikenal pasti, namun terdapat beberapa penyelidikan mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadikan kehamilan berisiko mengalami masalah ini yang selalunya di berlaku pada tempoh kehamilan yang kedua dan seterusnya.

Antara faktor faktor nya ialah:

  • Pernah melakukan pembedahan pada rahim
  • Kehamilan bayi kembar
  • Menjalankan rawatan kesuburan untuk hamil
  • Telah banyak kali bersalin
  • Pernah melakukan pembedahan Caesarean

Cara menaikkan uri ketika mengandung

Di sini kami di PantangPlus ingin membantu anda cara cara atau ikhtiar yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko anda mengalami Plasenta Previa.

Banyakkan berinteraksi dengan bayi

Bayi dapat mendengar apabila si ibu berinteraksi dengannya.

Bayi akan respond dengan bergerak, pergerakan ini secara tidak langsung akan membantu uri untuk naik ke atas dan memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal

Cara menaikkan uri dengan senaman pernafasan

Dengan posisi baring, sandarkan kaki anda di dinding secara menegak.

Kekalkan posisi ini, tarik nafas sedalam yang mungkin, dan tahan nafas selama yang boleh. Selain itu kita juga boleh apply teknik bernafas dengan menggunakan perut.

Semasa menarik nafas, kembungkan perut anda bukannya dada. Bila menghembus nafas, kempiskan perut anda. Ulang selama 15 kali untuk satu sesi senaman

Duduk di atas yoga ball

Duduk di atas yoga ball, dan henjut bola keatas dan kebawah secara perlahan lahan. Pastikan anda ditemani suami atau kawan bila melakukan aktiviti ini

Cara menaikkan uri ketika mengandung dengan bersujud

Dengan cara bersujud dalam solat

Sujud selama mana yang anda mampu dan kekalkan posisi ini kerana ia antara posisi yang efektif untuk menaikkan uri

Banyakkan berdoa agar dijauhkan musibah

“Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.

Kami di PantangPlus menyarankan anda meminta nasihat doktor sekiranya anda di diagnosis dengan Plasenta Previa.

Janganlah mengambil tukang urut untuk menaikkan uri anda kerana terdapat banyak kes-kes di Malaysia urutan menaikkan uri ini berisiko dan tidak berkesan. Ikut lah nasihat pakar dan jangan ambil mudah.

 

Mengenai Plasenta Previa

Tahukah anda hampir 20% kandungan di awal kehamilan kedudukan uri berada di bawah dan apabila kandungan mencecah 28 minggu, rahim semakin membesar dan menyebabkan uri menaik ke atas.

Hanya 5% sahaja yang masih lagi berada di bawah rahim. Jika ia berkekalan hingga tempoh akhir kehamilan, ia dipanggil masalah Plasenta Previa.

 

Tanda tanda awal dan simptom Placenta Previa

Simptom Plasenta Previa selalunya berlaku pada akhir trimester kedua dan awal trimester ketiga di mana terjadi pendarahan secara tiba tiba dan darah yang keluar itu dalam keadaan cerah dan terang seakan akan darah segar.

Ia juga disertai dengan rasa cramp yang jarang berlaku, tetapi bagi sesetengah wanita ia kurang menyakitkan. Ada juga yang tidak mengalami sebarang simptom malah pendarahan sehinggalah waktu bersalin.

Namun ia akan jadi lebih merbahaya dan lebih teruk apabila menghampiri tempoh akhir kehamilan.

Di nasihatkan agar cepat cepat mendapat nasihat doktor pakar jika anda mengalami tanda tanda ini.

 

Akhir kata

Adakah anda ingin servis berpantang yang berkualiti dan dipercayai? Boleh terus hubungi PantangPlus yang mempunyai rangkaian tukang urut selepas bersalin di seluruh malaysia dan luar negara dengan pakej berpantang yang berpatutan. Bukan sekadar bersalin sahaja, yang keguguran juga boleh mendapatkan rawatan