Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung (10 Petua)

Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung (10 Petua Tradisional)

Adakah faraj anda berbau hanyir dan gatal disebabkan oleh keputihan? Jangan bimbang, disini kami akan kongsikan 10 cara hilangkan keputihan semasa mengandung.

Keputihan sememangnya perkara yang normal kepada semua wanita dan tidak mengenal usia mahupun status perkahwinan. Akan tetapi keputihan yang berlebihan akan menyebabkan pelbagai masalah

Keputihan yang keluar berwarna jernih dan tidak berbau adalah normal. Jika keputihan yang keluar bertukar warna kehijauan atau kekuningan, berbau busuk dan gatal gatal, ini bermakna faraj mengalami jangkitan

“Menjaga pemakanan yang sihat merupakan faktor penting untuk keputihan normal”

 

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung

Makan sihat

Makan makanan yang sihat dan elakkan makan makanan yang berminyak

Minum air kosong

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung yang selanjutnya ialah dengan banyakkan minum air kosong bagi memastikan badan sentiasa sihat untuk mengawal jangkitan bakteria pada faraj

Cuci kemaluan

Cuci kemaluan dengan air dan sabun yang tidak mempunyai pewangi dan tidak meletakkan apa apa wangian di sekelilingnya

Jangan bilas faraj dengan tekanan air yang kuat

Jangan bilas faraj dengan tekanan air yang kuat kerana ia akan menyebabkan faraj tidak selesa dan mengganggu keseimbangan bakteria semula jadi

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung dengan menjaga faraj

Pastikan faraj dalam keadaan bersih dan kering selepas membuang air.

Tukar panty liner

Sering menukar panty linerbagi mengelakkan panty liner lembap kerana ia akan menyebabkan punca jangkitan pada faraj

Pakai kondom

Memakai kondom untuk mengelakkan suami terkena jangkitan dan juga kepada ibu

Pakaian daripada kapas

Pakai pakaian daripada kapas terutamanya di bahagian faraj dan pastikan tidak ketat untuk memberi ruang pengudaraan pada faraj

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung dengan makan yogurt

Banyakkan makan yogurt kerana khasiat yang terdapat pada bakteria Lactobacillus di dalam yogurt membantu mengawal jangkitan dalaman

Minta nasihat doktor di hospital anda

Jangan lupa minta nasihat doktor selalu ya! Doktor selalunya akan beri penyelesaian yang terbaik untuk masalah anda

 

Alamak! Keputihan saya berwarna hijau!

Jika keputihan anda berwarna hijau, anda berkemungkinan mendapat jangkitan penyakit kelamin Trikomoniasis (STD’s) Antara kesan kesan Trikomoniasis adalah ketidakselesaan apabila persetubuhan dan proses kencing. Kawasan kemaluan juga akan terasa gatal gatal

Kawasan pinggul juga akan terasa sakit tetapi tidak selalunya terjadi. Anda harus berwaspada jika penyakit ini terjadi semasa kehamilan dan dinasihatkan berjumpa dengan doktor lebih lebih lagi jika,

Anda demam panas lebih 38 darjah celcius serta keputihan hijau, sakit perut yang perit di bahagian pelvik, rasa mual mual dan muntah yang menyakitkan atau nadi yang lemah

Biasanya Trikomoniasis  dapat dikesan dengan melakukan ujian sampel keputihan dan dirawat dengan terapi antibiotik. Jangan ambil mudah jika anda menghadapi faktor faktor seperti diatas! Segera pergi berjumpa doktor yang berdekatan

Hindari keputihan semasa mengandung dengan makan makanan yang sihat

Amalkan pemakanan sihat untuk menghindari daripada keputihan tidak sihat. Terdapat banyak cara cara untuk mengamalkan pemakanan sihat. Pastikan makanan yang anda ambil itu adalah makanan segar

Elakkan daripada makan di restoran, terutamanya di kedai mamak yang sangat sinonim untuk orang Malaysia. Seelok eloknya disarankan kita masak sendiri di rumah

Adakah anda tahu makanan berpantang juga antara amalan pemakanan sihat! Bukan untuk makan apabila berpantang sahaja tau! Disini kami sertakan 20 Koleksi Menu Berpantang 44 Hari Yang Mudah Untuk Rujukan Ibu-Ibu!

 

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah