Cara Banyakkan Susu Badan Melalui Urutan Oksitoksin

“Macam mana cara banyakkan susu badan ni? Risaunya, dah macam-macam petua aku cuba tapi tak jadi pun. Stres betul….”

Oksitoksin adalah hormon yang dibebaskan bagi membantu proses penyusuan badan. Beberapa kajian jurnal mendapati teknik urutan tertentu akan merangsang hormon oksitoksin dan memberi banyak manfaat lain kepada ibu. Ia bukan saja memberi menambah dan melancarkan aliran susu ibu, malah ia turut menghilangkan rasa stres dan gelisah pada ibu. Di samping itu, hormon ini menggalakkan hubungan akrab antara ibu dengan bayi.

Ketika lancarnya produksi hormon oksitosin sel-sel alveoli di kelenjar payudara mampu berkontraksi dengan baik. Dengan terjadinya kontraksi tersebut, yang akhirnya susu badan dapat dihasilkan dengan lancar.

Secara tidak langsung, urutan ini mengelakkan masalah postpartum depression atau ‘meroyan’ di kalangan ibu lepas bersalin.

Berikut adalah cara melakukan urutan oksitoksin yang boleh anda cuba.

Cara Melakukan Urutan Merangsang Oksitoksin Bagi Ibu Menyusu & Berpantang

Teknik urutan belakang yang mudah ini amat membantu memberi kelegaan dan melancarkan penghasilan susu terutama pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

Anda memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan urutan ini, contohnya bidan atau suami anda sendiri.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Posisi Ibu

Pertama sekali, pastikan ibu berada dalam posisi duduk bersandar ke hadapan. Untuk keselesaan, ibu boleh memeluk bantal, atau bersandar sedikit membongkok ke depan pada meja.

2. Genggaman Tangan

Gunakan genggaman tangan dan ibu jari, letakkan genggaman tangan anda di kiri kanan tulang belakang.

3. Lakukan Pergerakan

Kemudian buat putaran kecil sepanjang tulang belakang anda, merangkumi bahagian bawah separas dada, dari leher hingga ke bahagian tulang belikat.

Boleh juga jika anda ingin meneruskan urutan ke bahagian pinggang. Namun menurut penelitian, titik untuk merangsang oksitosin adalah di sekitar bahagian yang disebutkan di atas sahaja.

4. Ulang

Teruskan pergerakan urutan ini selama 3-5 minit atau selama mana yang ibu rasa selesa.

5. Amalkan Selalu

Lakukan sebelum sesi penyusuan. Anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi, minyak zaitun, atau minyak lain untuk memudahkan urutan dilakukan.

Mudah Saja, Ada Banyak Manfaatnya!

Selepas ini, bolehlah anda memanfaatkan cara banyakkan susu badan melalui teknik urutan oksitoksin.

Sebaiknya, suami-suami belajar teknik urutan ini agar dapat membantu ibu menjayakan proses penyusuan di samping mengeratkan hubungan.

Senang saja, dan ianya 100% semulajadi!

Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!


Leave a Comment