Ditubuhkan pada tahun 1973, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) merupakan salah satu hospital swasta di lembah klang dan dipercayai dan telah berpengalaman selama lebih daripada 45 tahun. PHKL mempunyai 335 katil dan disokong oleh lebih daripada 200 doktor pakar. PHKL diakreditasi dengan Joint Commission International (JCI), Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan disahkan sebagai Hospital Mesra Bayi. Sebagai tambahan, PHKL secara rasmi adalah ‘WHO’s Preferred Hospitals’ di Malaysia! Disini kami akan menyenaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu bersalin di Hospital Pantai KL.
Waktu operasi
Waktu melawat
10 pagi hingga 10 malam
Maksimum 2 orang pelawat dalam satu masa
Intensive Care Unit (ICU) /Coronary Care Unit (CCU) & High Depency Unit (HDU)
12 tengahari hingga 2 petang
6 petang hingga 8 malam
Setiap hari
Neonatal Intensive Care Unit (NICU)
Hanya ibu bapa sahaja boleh melawat bayi
Obstetrics dan Gynaecology Bersalin di Hospital Pantai KL
Bahagian Obstetrics dan Gynaecology Hospital Pantai Kuala Lumpur dipimpin oleh 3 orang doktor. Mereka merupakan pakar dalam bidang Obstetrics dan Gynaecology yang diiktiraf dan bertauliah iaitu
Dr. Wong Wai Ping +603-2282 1675 / +603-2296 0425 Ext. 2425
Dr. Tan Boon Khim +603-22960714 Ext. 2714 / +603-22960715 Ext. 2715
Dr. Michael Lim Chung Keat +603-22960770 Ext. 2770
Kos Bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur
Kos bersalin normal (kes yang tidak rumit)
RM 5000 ke RM 7000
Deposit sebanyak RM 6000 diperlukan
Kos bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur secara Cesarean (kes tidak rumit)
RM 14000 ke RM 17000
Deposit sebanyak RM 16000
Pihak hospital akan memberi anda lawatan ke wad bersalin di Blok C tingkat 2, SRN Siaw daripada wad bersalin dan nurse akan memberikan penerangan kepada anda dengan lebih terperinci tentang info lanjut rawatan antenatal anda.
Anda boleh email ke [email protected] untuk sebarang soalan
Harap maklum dengan langkah-langkah pencegahan berikut yang telah diberikan oleh Pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur dari Jabatan Obstetrik dan Gynaecology
- Semua pesakit yang merancang untuk bersalin, suami yang ingin menemani isteri perlu melakukan ujian COVID-19 dahulu
- Mereka akan disaring di jabatan HPKL dan kesasihan ujian terhad kepada 2 minggu
- Hanya 1 tambahan pelawat sahaja dibenarkan di wad bersalin
- Sekiranya berlaku kecemasan di wad bersalin, pesakit (isteri) akan menjalani ujian COVID-19 (Rapid Antigen) di wad bersalin dan suami akan melakukan ujian COVID-19 (Rapid Antigen) di wad kecemasan. Pesakit akan diurus sebaik mungkin sehingga kedua-dua keputusan diperolehi
- Sekiranya berlaku kecemasan di wad bersalin yang pesakit tidak membuat ujian COVID-19, prosedur penuh PPE akan dilakukan dan suami tidak dibenarkan menemani pesakit ke dalam wad
Akhir Kata
Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.
Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.
Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.
Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!
Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Insya Allah