Pakej Bersalin di Prince Court 2020 (Delivery Package)

Bagi ibu ibu diluar sana yang masih mencari hospital untuk bersalin, kami telah menyenarai pendek hospital terbaik untuk anda! Bersalin di Hospital Prince Court merupakan impian setiap ibu oleh kerana keselesaan dan servis yang ditawarkan.

Prince Court Medical Centre ini adalah diantara hospital terbaik selain dari hospital swasta yang lain. Hospital ini juga pasti menjadi hospital pilihan ramai kerana mempunyai profil yang tinggi. Jika anda inginkan suasana atau ‘view’ pemandangan ibu kota yang tersergam indah dan lebih privasi tentang rawatannya, Prince Court Medical Centre ini lah tempatnya!

5 Sebab Kenapa Ibu Perlu Ambil Pakej Bersalin Di Hospital Prince Court

Prestasi dan reputasi yang terbaik!

Ramai diantara kita yang tidak tahu, Prince Court Medical Centre ini telah dibeli oleh syarikat Khazanah dari Petronas pada awal tahun ini. Jadi ini menunjukkan bahawa Prince Court Medical Centre amat menjaga prestasi dan reputasi hospital mereka.

Hospital ini juga menawarkan kemudahan bertaraf antarabangsa dan komprehensif, selari dengan piawaian teknologi inovatif dan juga amat menjaga perkhidmatan pelanggan yang terbaik!

 

Kemudahan yang menyenangkan pelawat

Kita beralih pula kepada penginapan dan kemudahan yang ada di Prince Court Medical Centre. Untuk kemudahan di Prince Court Medical Centre, hospital ini membuka beberapa cafe di hospita bagi pelawat mereka.

Antara cafe yang ada ialah: Galleria, Tarik Cafe, Kre Ate, Coffea Bean & Tea Leaf. Ini diantara cafe yang ada di Prince Court Medical Centre. Bukan itu sahaja, hospital ini juga turut menyediakan kedai serbaguna seperti MyNEWS.com, kedai bunga dan juga mesin ATM CIMB dan Maybank.

Pendek kata, kemudahan yang ada di Prince Court Medical Centre ini sangat bersesuaian dan mudah! Jadi pelawat tidak perlu risau atau beratur lama untuk menunggu makan. Mereka boleh pilih untuk makan dimana mana cafe didalam hospital tersebut.

 

Bilik penginapan yang sangat selesa apabila bersalin di Hospital Prince Court

Selesai bab kemudahan, kita sambung pula dengan bilik penginapan di Prince Court Medical Centre.

Di hospital ini mereka berhasrat untuk memberikan pengalaman yang paling selesa sepanjang penginapan anda. Semua bilik di Prince Court Medical Centre adalah satu katil single dengan kategori berikut – Standard Room, Junior Suite, Suite dan VVIP Suite.

Atas permintaan anda, anda boleh memilih bilik dengan pemandangan Menara Berkembar KLCC atau pemandangan ladang hijau Royal Selangor Golf Club (RSGC).

 

Pakej bersalin di Prince Court

Selama bertahun-tahun, Prince Court Medical Centre telah melahirkan lebih daripada 10,000 bayi dengan sokongan dan penjagaan doktor, isteri dan jururawat mereka yang berpengalaman.

Nikmati saat saat keibuan anda dengan persekitaran yang selesa dan dimanjakan dengan perkhidmatan yang lancar di Prince Court Medical Centre.

Bagi yang tertanya-tanya agaknya berapa pakej bersalin di hospital berprofil tingi ni? Harga yang ditawarkan amat berbaloi dengan servis yang anda akan dapat semasa berapa di hospital ini.

Sama seperti di hospital swasta lain, di Prince Court Medical Centre mereka menawarkan pakej bersalin untuk bersalin secara normal dan bersalin secara Caesar.

 

Harga Pakej Bersalin Normal

Bagi ibu yang mencari bilik persendirian untuk bersalin nanti, Prince Court menyediakan pakej untuk 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam. Bagi pakej 2 hari 1 malam tanpa epidural, Prince Court menawarkan harga serendah RM7,000.

Manakala untuk pakej 3 hari 2 malam, mereka menawakan harga serendah RM9,000. Tapi ibu-ibu jangan risau, mereka ada juga menawarkan pakej bersalin untuk 5 hari 4 malam bersama epidural, keadaan untuk bayi dan bayi di Phototherapy dengan harga RM18,000.

Cadangan kami, selepas bersalin nanti, jangan lupa ambil pakej berpantang di rumah pula. Takut badan sakit-sakit nanti.

 

Harga Pakej Bersalin Cesarean

Bukan itu sahaja, Prince Court Medical Centre juga ada menyediakan pakej bersalin bagi Caeseran. Harga bermula dari RM12,00 untuk 4 hari 3 malam bagi bilik persendirian Manakala untuk bilik biasa bagi 4 hari 3 malam mereka menawarkan harga RM12,900.

Kesimpulannya, servis, bilik penginapan dan kemudahan yang Prince Court Medical Centre tawarkan adalah sangat berbaloi. Rata-rata maklumbalas yang diterima tentang hospital ini sangat baik dan memuaskan hati.

Terutama bagi ibu ibu yang mencari pakej bersalin. Setelah penat melahirkan bayi, pasti ibu ibu merasa sangat penat dan ingin berehat dengan tenang.

Jadi tak salah untuk kita memilih hospital yang betul-betul menjaga rawatan mereka dan mempunyai bilik persendirian yang mewah. Ia juga akan menjadi terapi yang baik untuk minda ibu-ibu setelah melahirkan bayi comel anda.

Labour cost sudah termasuk sekali.

 

Prince Court Contact Number

Jika ingin dapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi melalui Whatsapp di talian berikut:

  • 012-9997262

 

Akhir kata

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Insya Allah