Berpantang semasa Covid 19? Adakah ia selamat?

Berpantang semasa Covid 19? Adakah ia selamat?

Sungguh merunsingkan apabila Malaysia sekali lagi terkena gelombang kedua Covid19. Setakat ini kes rakyat dijangkiti wabak ini semakin meningkat mendadak! Persoalannya sekarang, adakah mengambil pakej berpantang semasa Covid 19 ini selamat? Ramai Ibu menanyakan kami di Pantang Plus tentang perihal ini.

Kami sangat mementingkan Standard Operating Procedure (SOP), baik untuk terapis kami mahupun pelanggan. Jangan bimbang, kami akan menjawab persoalan anda tentang kaedah SOP kami demi menghindar wabak ini merebak.

Memastikan terapis kami disaring ujian wabak Covid 19

Selepas pelanggan mengambil pakej berpantang kami, kami akan terus memberitahu terapis kami untuk membuat ujian saringan Covid 19 bagi memastikan terapis kami 100% bebas wabak. Ujian saringan akan dijalankan di Lab panel kami dengan hanya RM149 sahaja! Kalau ditempat lain ada yang RM350 keatas! RM700 pun ada!

 

Terapis akan dikuarantin dirumah sebelum melakukan servis berpantang semasa Covid

Selepas ujian saringan Covid 19, terapis kami kemudian akan di kuarantin di rumah selama 7 hari sebelum tempoh servis berpantang dijalankan. Ini bagi memastikan terapis kami tidak kemana mana bagi mengelak jangkitan Covid 19.

 

Surat akuan bebas Covid kepada terapis dan pelanggan

Kami akan memberikan surat akuan bebas wabak dalam bentuk digital kepada terapis dan juga kepada pelanggan untuk memastikan kedua belah pihak patuh SOP dan antara langkah keselamatan bagi memastikan terapis dan pelanggan selesa berpantang semasa Covid

 

Semua peralatan berpantang akan disanitized sebelum dan selepas rawatan

Sebelum memulakan rawatan, terapis kami akan memastikan semua peralatan yang akan digunakan semasa servis berpantang dijalankan akan disanitized dahulu. Terapis kami sanitized satu persatu peralatan berpantang berdasarkan checklist kami. Selepas rawatan selesai terapis kami sekali lagi akan sanitized peralatan berpantang yang telah digunakan

 

Terapis memakai facemask dan sarung tangan sepanjang proses berpantang semasa Covid

Facemask N95 akan sentiasa dipakai oleh terapis kami dan sarung tangan akan dipakai ketika melakukan rawatan. Sarung tangan boleh dibuka jika pelanggan memberi kebenaran. Maklumlah, ada pelanggan yang tidak selesa jikan diurut menggunakan sarung tangan.

 

Menyediakan journal checklist perjalanan kepada terapis dan pelanggan

Selepas habis rawatan, terapis akan mengemaskini journal checklist perjalanan ke rumah. Ini bagi memastikan terapis tidak kemana mana selain daripada pulang ke rumah mereka. Keesokan harinya terapis akan memberi journal mereka kepada pelanggan untuk pelanggan memeriksa perjalanan terapis sebelum memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk ke rumah. Pelanggan juga akan diberikan journal checklist perjalanan juga untuk memastikan pelanggan tidak keluar ke kawasan merah Covid.

Kami akan memberikan servis terbaik kami kepada semua ibu diseluruh Malaysia bagi memastikan pengalaman anda berpantang semasa Covid tanpa kerisauan dan kebimbangan. Sebaliknya memberikan keselesaan kepada anda!

 

Akhir kata

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.