Bacaan gula sewaktu mengandung adalah perkara yang harus para ibu hamil ambil berat, hal ini adalah kerana bagi mengelakkan masalah kesihatan lain seperti diabetes gestasi dan sebagainya. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui bacaan gula normal untuk ibu mengandung.
Sebelum itu, ingin kami kongsikan permasalahan utama apabila paras gula meningkat buat ibu hamil, ianya adalah diabetes gestasi ataupun dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). GDM adalah penyakit yang biasa dialami oleh ibu hamil, para ibu haruslah dapat mengawal gula paras gula dalam darah agar memastikan kesihatan janin dan mengelakkan komplikasi semasa kelahiran.
Bacaan kadar gula yang normal untuk ibu mengandung sebenarnya bergantung kepada samada si ibu berpuasa ataupun selepas makan. American Clinical O&G (ACOAG) menggariskan kadar bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah seperti berikut:
- Sebelum Makan: Bacaan bsp/ kadar gula normal ibu mengandung adalah kurang daripada <95 mg/dL (5.3mmol/L)
- 1 jam Selepas Makan: Bacaan bsp/ kadar gula normal ibu mengandung adalah kurang daripada <140 mg/dL (7.8mmol/L)
- 2 jam Selepas Makan: Bacaan bsp/ kadar gula normal ibu mengandung adalah kurang daripada <120 mg/dL (6.7mmol/L)
*Namun begitu, ini hanyalah garis panduan hasil daripada pelbagai penyelidikan yang dilakukan, bacaan/ kadar gula normal untuk ibu mengandung adalah berbeza bagi setiap individu.
Selain daripada bacaan gula, para ibu hamil juga haruslah menitikberatkan penjagaan berat badan agar mengikuti saranan yang telah digariskan mengikut indeks jisim badan (BMI). Para ibu hamil boleh lah menyemak indeks dibawah:
- Kekurangan Berat Badan: Nilai BMI <18.5, perlu menambahkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18kg
- Berat Badan Purata: Nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu menambah rata-rata dari 11.5 hingga 16kg
- Berat Badan Berlebihan: Nilai BMI 23 hingga 26.9, cuma tambah berat dari 7 hingga 11.5 kg sahaja
- Terlebih Berat Badan: Nilai BMI 27 dan ke atas, anda disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9kg sahaja
Secara amnya, jika BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, anda cuma boleh menaikkan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan tidak melebihi 16kg. Akan tetapi, jika BMI anda sebelum hamil adalah tinggi, anda dinasihatkan agar kenaikkan berat badan anda lebih rendah.
Namun begitu, apa yang penting untuk ibu yang sedang hamil adalah menjaga diri secara keseluruhan, dari segi pengawalan kadar gula, pengawalan berat badan, menjaga kesihatan fizikal dan mental dan juga pengambilan makanan yang seimbang dan sihat bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tak diingini berlaku semasa dan sewaktu proses kehamilan anda.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan buat para ibu hamil di luar sana dan juga dapat dijadikan medium peringatan agar para ibu hamil jangan lupa untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor bagi permasalahan yang dialami (jika ada). Selamat maju jaya!