Rata- rata semua orang seriau bila dengar kena minum air gula semasa hamil. Kenapa kena minum air gula ini? Macam mana keadaan air gula itu? Macam-macam persoalan berlegar-legar di minda para ibu yang sedang hamil. Ikuti perkongsian di bawah dan kami akan kongsikan beberapa tips berguna yang dapat membantu anda semasa meminum air gula.
Proses minum air gula ini turut dikenali sebagai Modified Glucose Tolerance Test (MGGT) dimana para ibu harus meminum air gula untuk test samada si ibu ada risiko kencing manis ataupun tidak. Apabila doktor dapat kesan lebih awal, doktor dapat lah membuat pemantauan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada si ibu dan anak dalam kandungannya.
Golongan Yang Wajib Melalui MGGT
- Wanita dalam kategori obese yang mana BMI nya melebihi 30
- Wanita yang mempunyai sejarah diabetes gestasi
- Wanita yang pernah menghamilkan bayi yang besar
- Wanita atau keluarganya mempunyai sejarah kencing manis
- Wanita berumur 25 tahun ke atas
- Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi nya meninggal sewaktu dalam kandungan
Proses MGGT
-
- Untuk menjalani ujian ini, para ibu haruslah berpuasa malam sebelumnya dan pergi keesokkan harinya untuk membuat temujanji
- Sewaktu berpuasa hanya air kosong yang dibenarkan untuk diminum
- Kemudian, darah pertama para ibu akan diambil terlebih dahulu ataupun dikenali sebagai fasting blood sugar
- Kemudian, barulah para ibu akan diberi minum air gula pekat yang mana biasanya klinik kerajaan akan memberikan air gula pekat yang tidak berperisa dan sedikit suam
- Para ibu akan disuruh menunggu dan berehat sementara menunggu proses yang seterusnya. Para ibu harus meneruskan puasa mereka
Selepas 2 jam, ibu hamil akan melalui proses pengambilan darah yang kedua iaitu two hours post prandial
Kemudian, sampel darah akan dihantar ke makmal dan apabila urusan telah selesai, barulah si ibu boleh menjamah makanan mereka.
Tips Agar Tidak Termuntah Sewaktu Minum Air Gula Semasa Hamil
- Minum air gula apabila ia masih suam agar keadaan airnya tidak terlalu likat
- Tarik nafas dan kalau perlu picit hidung anda dan tahan nafas sebelum meminum air gula untuk mengelakkan deria bau dan rasa yang tepat atau kuat
- Minum dengan sekali teguk dan pantas untuk menghindarkan rasa loya
- Kumurkan mulut anda selepas meminum air gula untuk membuang rasa gula dalam mulut
- Jika ada rasa ingin termuntah, berehat lah untuk melegakan rasa kurang selesa itu atau sediakan minyak angin untuk divert pemikiran anda dari terkenangkan air gula itu tadi.
Yang penting jangan terlalu bimbang, semoga perkongsian di atas dapat membantu para ibu yang sedang kegusaran menunggu giliran. Semoga selamat semuanya!