Manfaat Mandi Bunga Yang Perlu Anda Tahu

Mandi bunga dan kaitannya dengan budaya orang Melayu memang tidak asing lagi. Malah ia juga sinonim kepada golongan wanita yang lambat bertemu jodoh kononnya sebagai usaha untuk menarik perhatian si lelaki. Namun jangan terkejut jika ada segelintir golongan lelaki juga menggemari mandi bunga.

 

Kebiasannya amalan ini dilakukan sama ada untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Bagi pasangan pengantin yang akan berkahwin, amalan ini juga sering dijadikan ‘to-do list’ supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. Bagaimanapun mandi bunga juga dilakukan atas tujuan tertentu seperti menolak perkara yang tidak baik.

 

Dalam Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan hukum syarak.

 

 

Dari segi saintifiknya pula, ia merupakan satu amalan yang baik. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga membantu seseorang itu berasa segar, sekaligus membantu menaikkan seri wajah disebabkan khasiat yang terdapat di dalam bunga yang diserap ke dalam badan.

 

Perlu tahu bunga adalah penyerap tenaga matahari yang baik dan kebaikannya akan diturunkan kepada seseorang yang mengamalkannya. Butiran debunga halus yang dihasilkan Bungan akan kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam di dalam air, hasil dari tekanan dengan zarah-zarah air. Deria luaran badan akan diaktifkan melalui gerakan ini lalu meransang sistem hormon badan dan akhirnya akan ‘menggerakkan’ organ dalaman untuk bekerja dengan lebih baik.

 

mandi bunga

 

Amalan ini telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Jika dahulu ia dilakukan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, kini salun kecantikan juga turut menawarkan khidmat mandi bunga dengan pelbagai pakej yang menarik. Bukan itu sahaja pelanggan juga boleh mengambil kesempatan dengan memanjakan diri melalui pelbagai rawatan lain seperti urutan, sauna dan mandi garam.

 

Kini, rahsia perubatan orang Melayu lama ini menjadi ikutan orang Barat pula yang percaya bahawa mandi bunga mampu membangkitkan aura dalaman seseorang dan menyerlahkan kecantikan. Kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati amalan ini mampu meningkatkan sistem kekebalan badan.

 

Bagi tujuan mandi bunga, anda perlu menggunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih antara tujuh atau sembilan jenis bunga dengan pelbagai warna kecuali hitam.

 

Antara bunga yang sering digunakan untuk mandi bunga adalah :

 

cempaka putih

Cempaka putih supaya dapat mewangikan dan melembutkan badan.

 

melur kuningmelur putih

 

 

 

 

 

 

Melur kuning dan putih untuk menyucikan bahagian dalaman.

 

bunga kenanga

Bunga kenanga untuk menaikkan seri wajah sekaligus senang didekati.

 

mawar merah

Mawar merah untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada si pengamalnya.

 

Setelah kesemua bunga disediakan, ia akan dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut serta dibiarkan semalaman. Seeloknya dilakukan pada waktu pagi dan air rendaman itu dijadikan sebagai air bilasan selepas mandi biasa. Mulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berniat yang baik. Siraman air rendaman bunga dimulai dari bahagian kiri badan sebanyak tiga kali diikuti dengan bahagian kanan. Baki air bunga itu kemudiannya disiram dari bahagian kepala sehingga habis. Nikmati bauan bunga yang segar dan harum ketika mandi dan jangan terburu-buru. Selepas selesai mandi, anda digalakkan untuk membiarkan air di badan kering dengan sendirinya.

 

Bagi ibu berpantang, anda digalakkan untuk mandi herba sebagai alternatif kepada mandi bunga.

 

Tukang urut lepas bersalin kami menyediakan herba-herba tertentu yang dapat menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin serta melembutkan urat saraf.