Anemia semasa kehamilan adalah salah satu komplikasi yang paling kerap berkaitan dengan kehamilan. Perubahan fisiologi normal pada kehamilan mempengaruhi hemoglobin (Hb), dan terdapat penurunan relatif atau mutlak dalam kepekatan Hb.
Paling banyak kes yang berlaku adalah Anemia kekurangan zat besi (kira-kira 75%) dan Anemia megaloblastik kekurangan folat, yang lebih sering berlaku pada wanita yang mempunyai diet yang tidak mencukupi dan yang tidak menerima pranatal makanan tambahan zat besi dan folat.
Punca Anemia Semasa Kehamilan
Kekurangan zat besi
Seorang wanita hamil memerlukan jumlah zat besi yang banyak sekurang – kurangnya 15 miligram setiap hari. Untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi, anda memerlukan zat besi yang mencukupi untuk mengelakkan Anemia. Zat besi yang mencukupi juga diperlukan untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda dan bayi anda.
Anemia semasa kehamilan adalah perkara yang sering terjadi dalam kalangan wanita hamil dan sekurang – kurangnya dua dalam sepuluh wanita mengalami Anemia.
Walaupun begitu, kekurangan zat besi ringan hingga sederhana nampaknya tidak menyebabkan kesan yang signifikan terhadap kepekatan hemoglobin janin. Tahap Hb 11 gr/dl di trimester pertama akhir dan juga 10 gr/dl pada trimester kedua dan ketiga adalah dicadangkan sebagai had yang lebih rendah untuk kepekatan Hb.
Infeksi
Anemia yang disebabkan oleh infeksi jarang berlaku di negara – negara industri. Antara contoh infeksi yang sering dikaitkan dengan Anemia ialah HIV, hepatatis, TB dan sebagainya.
Folate dan Vitamin B12
Masalah kekurangan folat dan vitamin B12 lebih sedikit berbanding dengan kekurangan zat besi. Namun, pengambilan folat adalah disarankan untuk wanita hamil bagi mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang pada bayi.
Kekurangan vitamin ini di dalam badan merupakan salah satu punca Anemia semasa kehamilan dan menyebabkan Anemia ‘non-pernicious megaloblastic’ dengan nilai Mean Corpuscular Volume (MCV) lebih dari 100 fL. Untuk wanita yang mempunyai paras folat yang rendah, adalah disarankan untuk mengambil dos yang lebih tinggi.
Simptom Anemia semasa kehamilan
Antara simptomnya ialah sakit kepala, jantung berdebar, telinga berdengung (Tinnitus) serta mempunyai tabiat mengidam yang tidak biasa. Keletihan dan sesak nafas juga merupakan simptom Anemia.
Jelas sekali, Anemia semasa kehamilan memberi kesan buruk kepada ibu dan janin. Terdapat juga kes di mana Anemia yang kurang teruk dikaitkan dengan hasil kehamilan yang buruk. Komplikasi utama ibu yang berkaitan langsung dengan Anemia tidak biasa berlaku pada wanita dengan tahap hemoglobin lebih besar daripada 6 gr/dl.
Rawatan Anemia Semasa Kehamilan
Rawatan kekurangan zat besi boleh dilakukan dengan memberi melalui mulut (oral), melalui suntikan ke dalam otot (intramuscular) atau ke dalam vena (intravena). Selain itu, pemindahan darah untuk menghasilkan lebih sel – sel darah merah juga digunakan sebagai salah satu cara rawatan.
Namun, rawatan zat besi yang dilakukan secara oral berkemungkinan akan memberikan kesan sampingan sehingga boleh menyebabkan sembelit atau loya. Tambahan lagi, rawatan intramuscular boleh menyebabkan kesakitan dan perubahan warna pada lokasi suntikan dan juga rawatan intravena yang dilakukan boleh menyebabkan berlakunya trombosis vena (sekatan dalam vena)
Secara keseluruhan, untuk wanita hamil dinasihatkan untuk datang membuat pemeriksaan mengikut jadual kedatangan yang disediakan di klinik ibu mengandung. Ini adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.
Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.
Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.
Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!
Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah