Senaman Kegel Untuk Wanita Bersalin

Ini berita baik buat Ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dan nak kembali tubuh badan kembali mantap – buat senaman kegel.

Diasaskan oleh Dr. Arnold Kegel, senaman kegel atau dikenali sebagai senaman kemut memberi fokus pada bahagian dinding lantai pelvik.

Ia amat popular bagi ibu yang sedang hamil dan wanita yang telah melahirkan anak.

Senaman ini dikatakan mampu mengetatkan faraj supaya dapat memberikan kepuasan ketika hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki pun pun boleh buat kuat dan tahan lama.

Terdapat banyak manfaat senaman ini jika dilakukan secara konsisten. Selain dapat merawat pundi kencing ibu hamil yang sering berdepan dengan masalah kencing kerap, senaman kegel juga mampu menjamin proses kelahiran si ibu dengan selamat dan mudah, serta tanpa koyakan!

 

Kenapa Perlu Buat Senaman Kegel?

mom belly

 

Wanita akan mengalami situasi ini – mengandung, melahirkan, obesiti, masalah sembelit dan peningkatan usia. Semua ini menyebabkan otot pelvik menjadi semakin lemah.

Senaman ini adalah salah satu cara untuk menguatkan kembali otot tersebut.

Otot pelvik amat penting untuk menyokong pundi kencing bersama saluran kencing di bahagian hadapan rahim bersama faraj di bahagian tengah dan saluran najis di bahagian belakang.

 

Manfaat Untuk Ibu Hamil dan Selepas Bersalin

 

Kesan senaman kegel jika dilakukan secara konsisten boleh dirasai selepas tiga hingga enam bulan dan ia perlu diteruskan seumur hidup.

1. Melancarkan pengaliran darah ke anggota sulit

woman reproduction system

 

Apabila tiada gangguan darah ke anggota sulit, maka luka episotomi akan mudah sembuh. Senaman ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sembelit.

2. Meredakan masalah kencing tak lawas

mom in toilet senaman kegel

Ibu-ibu hamil pasti berdepan dengan masalah mudah terkencing jika bersih, batuk atau ketawa kuat. Senaman ini dapat mengurangkan masalah kencing tak lawas.

3. Memudahkan proses bersalin

sleeping baby senaman kegel

 

Senaman ini membantu otot di bahagian perut dan ke bawah berada dalam keadaan rileks. Ia juga mengajar badan untuk lebih memahami bagaimana kontraksi ketika meneran.

Kajian membuktikan ibu-ibu yang rajin membuat senaman kegel akan melalui tempoh melahirkan lebih pendek berbanding mereka yang tidak membuat senaman ini.

4. Menjadikan faraj seperti keadaan asal

pregnant mom meditate

 

Tempoh mengandung dan selepas bersalin semestinya memberi kesan kepada keadaan faraj. Senaman ini baik untuk mengembalikan vagina kembali kepada keadaan asal.

 

Bagaimana Nak Buat Senaman Kegel?

  1. Kemut faraj sehingga anda rasa sensasi kemutan itu
  2. Tahan selama 5 hingga 10 saat
  3. Lepaskan kemutan secara perlahan-lahan
  4. Rehat 10 saat
  5. Ulang semula langkah yang sama
  6. Amalkan sebanyak 3 ke 5 kali sehari secara berturut-turut
  7. Tingkatkan kekerapan senaman dari semasa ke semasa

Amaran:

Jangan teruskan jika anda rasa sakit belakang dan pinggang. Ini bermakna kemutan anda salah.

Jangan tahan nafas ketika lakukan senaman ini kerana ia menyebabkan peredaran darah tidak efektik ke bahagian badan.

Jangan buat senaman ini ketika hendak terkencing dan sedang kencing. Ini akan menyebabkan otot pelvik semakin lemah dan anda boleh terkena jangkitan kuman.

 

Bila waktu sesuai untuk lakukan senaman ini?

pregnant mom exercise

 

Ia boleh diamalkan seawall trimester pertama anda hamil. Selain mengamalkan amalan berpantang, jadikan senaman ini sebagai rutin, sama ada ketika berbaring, duduk, berdiri ataupun ketika bekerja.

Waktu yang paling terbaik untuk melakukannya adalah sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum masuk tidur.

Para ibu boleh mula melakukan senaman ini selepas dua minggu melahirkan bayi supaya luka episotomi lekas sembuh dan aliran darah semakin lancar.

Senaman kegel sememangnya memberi pelbagai manfaat kepada ibu mengandung dan selepas melahirkan bayi yang mahukan tubuh kembali langsing. Apa yang penting ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sesiapa sedar yang anda sedang melakukannya!