6 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin

Selepas bersalin, ramai para ibu yang runsing dengan bentuk badan mereka. Walaupun berat badan akan turun selepas melahirkan si kecil, masih lagi ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang sukar dihilangkan. Mari ikuti tips kurus selepas bersalin untuk kekal ramping dan langsing seperti anak dara, walaupun selepas bergelar ibu.

1. Menyusu

Menyusu badan bukan sahaja bagus untuk bayi, malahan memberi manfaat kepada ibu juga. Ia dapat membakar sebanyak 500 kalori sehari serta meningkatkan kadar metabolisme ibu.

Dengan itu, lemak-lemak degil di bahagian pinggul, peha dan perut dapat dihilangkan. Selain itu, menyusu juga boleh membantu mengecutkan rahim ke saiz normal dan menampakkan perut yang lebih kempis.

2. Memakai Bengkung Untuk Kurus Selepas Bersalin

Memakai bengkung selepas bersalin merupakan tradisi turun-temurun dalam budaya kita. Ia merupakan salah satu cara yang berkesan untuk kembali langsing selepas bersalin. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, ia berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.

Akan tetapi, ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak disarankan untuk menggunakan bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4-6 minggu selepas bersalin. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu mengikat.

Ini dapat memberi sokongan kepada otot perut yang telah kendur. Pastikan anda memakai bengkung dengan betul dan tepat. Untuk keselesaan, pastikan anda lapik dahulu luka dengan sekeping tuala wanita yang bersih.

3. Bertungku

Selain memakai bengkung, bertungku juga merupakan amalan tradisi selepas bersalin. Bertungku perlu diamalkan kerana ia mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk ibu selepas bersalin.

Haba dari herba-herba mengandungi khasiat yang dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksik berlebihan dalam badan. Kesan dari itu, badan anda akan rasa lebih segar dan ringan, serta dapat mengekalkan bentuk badan yang diidamkan.

Selain dari itu, luka pembedahan juga lebih mudah sembuh dengan bertungku.

4. Diet Yang Seimbang

Sedari awal kehamilan, para ibu perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Selepas bersalin juga, rutin pemakanan yang sihat sewaktu berpantang sangat penting untuk mempercepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu mengurangkan berat badan.

Anda disarankan untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein. Ini dapat memastikan nutrient yang secukupnya untuk bayi anda, terutama jika anda menyusu badan. Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

Ketika berpantang, anda mungkin kerap berasa lapar. Kerapkan waktu makan dengan jumlah yang sedikit.

5. Banyakkan Minum Air Kosong Antara Tips Kurus Selepas Bersalin

Ibu bersalin sangat digalakkan untuk banyakkan minum air kosong terutama jika anda ingin kurus selepas bersalin. Menyusu akan menyebabkan rasa haus kerana cecair yang keluar dari badan.

Selain memastikan badan kekal terhidrasi, amalan banyakkan minum air kosong juga merupakan cara yang mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan. Ia dapat mengeluarkan toksik dalam badan dan mengempiskan perut.

Apabila anda minum banyak air kosong, perut akan terasa kurang lapar lalu membuatkan anda mengurangkan makan.

6. Aktif Bergerak

Walaupun waktu berpantang adalah waktu untuk berehat, anda masih lagi boleh aktif bergerak untuk kurus selepas bersalin dan melakukan beberapa aktiviti ringan.

Tetapi jangan lah melakukan senaman berat yang boleh menyebabkan rahim anda terkeluar! Cukup sekadar berjalan dalam rumah atau mendukung bayi sambil mendodoikannya.

Aktiviti ringan seperti ini dapat membantu menguatkan kembali otot-otot anda dan mengekalkan stamina. Selain dari itu, anda juga boleh melakukan senaman kardio yang ringan untuk mengurangkan lemak dalam badan.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu ketahanan badan anda dan aktiviti yang bersesuaian. 

 

Mommies mencari set berpantang yang lengkap? Atau bengkung? Atau ‘herbal massage oil’?

Layari Shopee PantangPlus dan dapatkan barangan yang bakal memudahkan proses bersalin & berpantang mommies. Klik sini !

2 thoughts on “6 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin”

Leave a Comment