Duduk di bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, memang sukar untuk cari tukang urut selepas bersalin. Tidak sama macam di kampung, boleh cari perkhidmatan bidan urut bila-bila masa. Murah pun murah. Tapi, nasib baik ada Pantang Plus yang arif tentang pakej berpantang untuk ibu selepas bersalin.
Kebaikan urut selepas bersalin
Izinkan kami berkongsi kebaikan dan kepentingan urut bersalin yang patut ibu-ibu tahu.
Melegakan rasa sakit-sakit badan
Kebaikan urut selepas bersalin yang pertama, ia dapat melegakan rasa sakit badan.
Ingat, cuma melegakan. Sakit masih ada. Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan. Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang dan pinggang.
Sejurus selepas bersalin, anda sebenarnya masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan bayi.
Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya.
Urut selepas bersalin, jika dibuat dengan betul, dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.
Urut selepas bersalin boleh melancarkan peredaran darah
Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan.
Boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu
Banyak petua orang dulu-dulu mempercayai bahawa urut bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat. Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stres.
Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Urutan selepas bersalin boleh mencegah tekanan (Postnatal Depression)
Bahasa mudahnya, meroyan. Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu anda relaks dan memberikan ketenangan. Selain sentuhan, aroma daripada minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih damai dan segar.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau postnatal depression dapat dikurangkan.
Urut selepas bersalin boleh kembalikan bentuk badan
Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan.
Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.
Boleh beri ‘me time’ iaitu peluang ibu rehat dengan urutan bersalin
Senang cerita, untuk dapatkan ‘me’ time. Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.
Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan bayi yang menangis.
Boleh cepatkan proses pemulihan selepas bersalin
Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin juga mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Luka-luka dan bengkak juga boleh hilang dengan urutan yang konsisten.
Lagi cepat pulih, lagi sedap badan.
Kalau tak pasti dengan urutan bersalin, tanya doktor
Umumnya, urutan selepas bersalin adalah selamat untuk semua wanita.
Namun, seeloknya wanita yang bersalin secara pembedahan menunggu sehingga 12-14 minggu sebelum memulakan sebarang rutin urutan. Pastikan luka anda telah sembuh dan anda boleh berbaring dengan selesa semasa urutan bersalin dijalankan.
Dapatkan tukang urut yang bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko. Jika ragu-ragu tanyakan pendapat doktor atau jururawat sebelum berurut.
Badan bukan nak guna sehari kan?
Akhir kata
Untuk wanita yang pertama kali melahirkan, mungkin belum biasa dengan rutin pemulihan tradisional yang antaranya melibatkan urut bersalin. Walau bagaimapun, biasa-biasakanlah.
Sungguhpun kajian secara saintifik tidak banyak yang dijalankan secara mendalam tentang urut bersalin, namun kebanyakannya menunjukkan hasil positif dan selamat.
Harapan kami, anda kekal bertenaga dan bayi juga sihat.