Pakej Ibu Berpantang
Liputan Media
Pakej Ibu Berpantang
Apa Kata Customer PantangPlus?
Ini salah satu review, maklumbalas pelanggan yang sudah selesai berpantang di rumah
Perbezaan Pakej Ibu Berpantang
PantangPlus Berbanding Yang Lain?
CONSULTATION PERCUMA
Sebelum ambil pakej dengan kami, tanyalah apa sahaja tentang servis, pakej dan harga. Boleh Whatsapp atau call. Boleh set appointment untuk jumpa di pejabat atau di rumah.
VISITATION PERCUMA
Kami bukan jenis lepas tangan. Selepas terapis mulakan rawatan di rumah anda untuk program berpantang, kami akan terus pantau kerja-kerja terapis.
FREE GOODIES
Untuk menghargai pelanggan, kami akan berikan barangan percuma dalam goodie bag termasuk baby lotion, free sample untuk susu formula, lactation cookies, chocolate dates dan merchandise dari PantangPlus.
BABY CLASS PERCUMA
Anda jangan risau kalau tak tahu macam mana nak handle baby. Suami pun boleh join sekali untuk belajar mandikan bayi, tukar lampin, urut bayi dan macam-macam lagi.
TERAPIS TERLATIH
Jangan takut kalau dapat terapis yang tak pandai urut dan jaga baby. Semua terapis adalah orang tempatan, bukan Indonesia. Mereka wajib menjalani temuduga. Selepas screening, kami akan test dahulu teknik urutan terapis di pusat latihan kami. Mereka terlatih dan ada sijil. Ini jaminan kami.
TAK SERASI, BOLEH GANTI
Terima kasih kerana mempercayai kami. Andai kata anda tak puas hati, kami berani ambil risiko untuk ganti mana-mana terapis yang tak serasi. Customer satisfaction itu yang paling utama sekali. Ini janji kami. Namun, perlu mengikut terma & syarat yang dipersetujui.
Feedback Dari Customer
Ini yang mereka kata tentang servis dalam pakej ibu berpantang kami.
Pakej Ibu Berpantang Selepas Bersalin
Daily Visit vs Stay In
Program pemulihan kami terbukti berkesan.
Cuma pilih mahu terapis akan datang setiap hari atau tinggal sekali.
Aktiviti Harian
Daily Visit & Stay In
Perbezaan Daily Visit vs Stay In
PENEMAN BERPANTANG
Untuk Daily Visit, terapis akan datang setiap hari. Datang pagi, balik petang. Waktu suami nak pergi kerja, terapis sudah ada. Suami balik kerja, terapis sudah siap kerja.
Untuk Stay In pula, terapis memang akan tinggal sekali sehingga habis tempoh berpantang. Sesuai untuk ibu yang tidak biasa tinggal sendirian, terutama sekali waktu malam.
IBU BOLEH REHAT & RELAKS
Jangan pandang ringan bila bayi meragam. Boleh penat fizikal dan mental. Dengan servis babysitting, terapis akan tolong jaga baby bila menangis dan susah tidur. Inilah yang dimaksudkan dengan berpantang dengan tenang.
Untuk Daily Visit, babysitting sehingga waktu petang. Untuk Stay In, babysitting sampai malam.
Kenapa Dicadangkan
14 Hari Dan Ke Atas?
Sebenarnya, jika bawah 14 hari, badan kita belum pulih sepenuhnya.
Sangat tidak lengkap
Tidak lengkap
Separuh lengkap
Lengkap
Lengkap dan sempurna
Paling lengkap dan sangat sempurna
Pakej Ibu Berpantang
(Servis ALL-IN)
Pakej berpantang kami adalah rawatan holistik, lengkap dengan semua rawatan di bawah (kecuali sengkak dan keguguran).
Tak perlu pening nak pilih-pilih lagi, semuanya ALL-IN.
Untuk Si Ibu
Urut
Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa.
Tungku
Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Param Pilis Tapel
Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.
Bengkung
Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.
Sengkak
(*Optional) Urutan khas untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh.
Tangas
Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim.
Mandi Herba
Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.
Makanan & Minuman Pantang
Makanan dan minuman yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan.
Lulur
Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
Urut Bengkak Susu
Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu.
Urut Kepala Buang Angin
Menghilangkan sakit atau pening kepala yang terjadi disebabkan oleh otot keras yang berbuku-buku di sekitar kepala.
Pakej Keguguran
(*Optional) Walaupun tak ada rezeki, badan tetap kena jaga. Sama maca orang bersalin biasa.
Untuk Si Manja
Mandi
Menyegarkan & menenangkan bayi. Jadi wangi dan ‘fresh’.
Urut
Menjadikan bayi lebih relaks, kurang meragam & menikmati tidur yang lebih lena.
Tuam
Mengelakkan perut bayi kembung, mudah buang angin (kentut) & elakkan angin pasang.
Pakai Barut
Memelihara perut bayi yang masih lembut dan mengelakkan dari terkena kembung perut.
Pakej Ibu Berpantang
Coverage Seluruh Malaysia
Jangan bimbang, terapis kami ada di seluruh negara.
Kami cover seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.
Pakej Ibu Berpantang
Coverage Di Luar Negara
Overseas? No problem!
Kami juga cover beberapa lokasi di luar negara. Jika tidak tersenarai, hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Soalan Lazim
Mengenai Pakej Ibu Berpantang
Berikut adalah antara soalan-soalan berkenaan pakej ibu berpantang yang selalu ditanya.
Maaf, kami gabungkan semuanya dalam Bahasa Inggeris.
Hubungi Kami
Jika masih ada lagi yang tidak jelas berkenaan pakej ibu berpantang, boleh call atau Whatsapp kami.
HANIS
HANA
HELENA
Dapatkan Quotation Percuma
Dengan Details, Diskaun & Harga Final
Bayaran deposit cuma RM500 sahaja.
Selepas ini, tak perlu nak survey dan compare harga lagi kan?