8 Cara Menghindari Mengandung Yang Efektif

Anak adalah rezeki atau kurniaan yang tak ternilai dari Allah S.W.T. Akan tetapi, pelbagai faktor harus diambil kira dalam merancang kehamilan anda bagi mencegah berlakunya kehamilan yang terlalu rapat yang akhirnya akan mengundang kepada permasalahan kesihatan, keruntuhan dan ketidakstabilan dalam psikologi kekeluargaan termasuklah dari segi perbelanjaan dan lain-lainnya.  Oleh itu, disini kami kongsikan lapan (8) cara menghindari mengandung yang boleh diguna pakai dalam perancangan struktur kekeluargaan anda:

Cara Menghindari Mengandung Secara Semulajadi– Mengenal dan Mengira Waktu Subur Wanita

Mengenal dan mengira waktu subur wanita adalah cara semulajadi yang telah terbukti berkesan dalam mencegah kehamilan. Dengan menggunakan cara ini, apa yang anda perlu lakukan adalah mengelakkan berhubungan intim ketika waktu subur wanita. Biasanya, waktu subur wanita bergantung kepada tempoh kitaran haid wanita tersebut. Rata-rata waktu subur bagi wanita adalah pada hari ke-8 hingga ke-24 setelah haid. Anda juga boleh mengesan waktu subur anda dengan melihat bentuk cecair yang keluar dari faraj anda, sewaktu subur cecair wanita akan kelihatan lebih jernih seperti putih telur.

Cara Semulajadi – Memakan Buah Betik Separa Masak

Selain daripada mengenal waktu subur anda, memakan buah betik juga dapat mencegah kehamilan secara semulajadinya. Cara-caranya adalah dengan memakan buah betik separa masak selama tiga (3) ke empat (4) hari berturut-turut dengan kadar dua (2) kali sehari. Hal ini kerana, betik muda atau separa masak mempunyai banyak getah. Kandungan getah yang tinggi dapat mencetuskan kontraksi rahim.

Mengamalkan Pil Perancang Keluarga Sebagai Cara Menghindari Mengandung

Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling mudah untuk didapatkan di pusat farmasi atau klinik-klinik yang berhampiran. Akan tetapi, setiap wanita haruslah mendapat khidmat nasihat yang pakar sebelum, semasa dan selepas konsumsi pil perancang keluarga. Pil ini haruslah dimakan setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid hinggalah ke hari yang ke-21 haid. Kemudian, anda haruslah berhenti memakan pil tersebut selama tujuh (7) hari. Penggunaan pil perancang keluarga jika diamalkan dengan betul akan menjanjikan keberkesanan yang hamper kepada 99%. 

Mencegah Melalui Kaedah Suntikan

Kaedah suntikan adalah kaedah yang menggunakan hormone progesterone. Anda akan disuntik selama dua (2) bulan sekali dan harus mendapatkan suntikan yang baru selepas dua (2) bulan tersebut. Melalui kaedah ini, ianya akan menghalang pengeluaran telur dari ovari dan akan menghasilkan lender yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang ke dalam ovari. 

Mencegah Melalui Cincin Perancang Keluarga

Cincin perancang keluarga ini juga dikenali sebagai NuvaRing yang mana alat ini perlu dimasukkan ke dalam vagina wanita tersebut. Ianya bersaiz kecil namun mampu untuk mengurangkan risiko kehamilan. Hal ini kerana, NuvaRing menghentikan sperma daripada bertemu dengan telur ovari. 

Cara Menghindari Mengandung Dengan Mencegah Melalui Penggunaan Kondom

Ini adalah kaedah yang paling popular dan paling mudah didapati samada di farmasi, kedai serbaneka 24 jam ataupun secara atas talian. Kondom terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu kondom lelaki dan kondom wanita. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mengesahkan bahawa kondom wanita mampu mencegah kehamilan sekitar 79%.

Spermisida

Spermisida juga dikenali sebagai pembunuh sperma, ianya dijual dalam bentuk krim atau tablet. Spermisida mengandungi bahan kimia yang boleh merencatkan pergerakan sperma, mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur. Spermisida perlu dibiarkan selama enam (6) hingga lapan (8) jam didalam faraj tanpa dibasuh selepas hubungan intim. Ianya akan membunuh sperma tersebut.

Intra-Uterine Device (IUD)

Kaedah IUD telah lama diperkenalkan kepada masyarakat, ianya berfungsi untuk menghalang sperma daripada sampai ke telur dan mempersenyawakan telur. Alat ini dimasukkan de dalam rahim oleh pakar dan digunakan selama tiga (3) hingga lima (5) tahun bergantung kepada jenis-jenisnya.

Terdapat dua (2) jenis IUD iaitu IUD Copper (Tembaga) yang mana akan menyebabkan rahim dan tiub Fallopian untuk menghasilkan cecair yang boleh membunuh sperma. Dan IUCD Mirena yang bertugas untuk menghalang persenyawaan daripada berlaku atau membunuh sperma dengan menjadikan mucus dalam serviks menebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim. IUCD Mirena juga akan memastikan lapisan rahim (endometrium) tidak menjadi tebal dan keadaan ini akan menghalang persenyawaan serta perkembangan telur. Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sebanyak 98%.

Sekian perkongsian dari kami tentang cara mencegah kehamilan yang boleh anda amalkan, semoga perkongsian ini bermanfaat buat pasangan di luar sana. Akan tetapi, kita hanya mampu merancang dan berikhtiar, Tuhan lah yang menentukan segalanya.