“Pening la baca article sana sini tapi masih tak faham cara guna pregnancy test untuk dapatkan keputusan hamil yang tepat. Mana satu yang betul ni….”
Jangan risau, di sini kami ingin kongsikan lima (5) cara guna pregnancy test untuk mendapatkan keputusan kehamilan yang tepat. Pengesanan awal kehamilan diperlukan agar kesihatan janin dan keselamatan ibu terjaga. Untuk mengetahui sama ada anda benar-benar hamil atau tidak adalah dengan menggunakan alat ujian kehamilan atau lebih dikenali sebagai UPT (Urine Pregnancy Test).
Dengan menggunakan pregnancy test, ia dapat mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing (urine) anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.
Kini terdapat pelbagai jenis pregnancy test di pasaran yang dapat membantu pengesanan awal kehamilan dan anda boleh melakukan pregnancy test sendiri di rumah sahaja. Berikut adalah antara jenis pregnancy test yang biasa digunakan untuk mengesan kehamilan, iaitu UPT Strips, UPT Cassette, and UPT Midstream.
- Test pack strip – merupakan alat pregnancy test dalam bentuk jalur plastik. Untuk menggunakannya, celupkan jalur ke dalam bekas air kencing selama 5-10 saat.
- Pregnancy cassette test – merupakan alat ujian kehamilan dalam bentuk stick yang digunakan dengan menitiskan urine pada alat tersebut. Pertamanya, kumpulkan urine anda di dalam bekas yang bersih, kemudian sedut urine menggunakan penitis yang disediakan di dalam kit pregnancy test dan akhir sekali, titiskan urine di atas bahagian takungan urine pada stick.
- Test pack digital – alat ini berbentuk stick dengan hujung yang boleh dilekatkan jalur untuk menyerap air kencing. Cara menggunakannya dengan letakkan hujung mudah serap alat menghala ke bawah dalam aliran air kencing anda selama 5 saat sahaja. Atau anda boleh menyediakan air kencing dalam bekas yang kering dan bersih. Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat sahaja.
Cara Guna Pregnancy Test
Tidak semua ujian pregnancy test adalah sama dari segi ketepatan dan kemudahan untuk dibaca oleh ibu hamil. Walaupun pregnancy test mempunyai berbeza-beza brand, namun kebiasaan proses dan cara gunakannya adalah sama. Lima (5) cara guna pregnancy test untuk dapatkan keputusan hamil yang tepat adalah seperti berikut:
Tunggu 1 – 2 minggu selepas terlepas haid pertama
Untuk mendapatkan keputusan pregnancy test yang paling tepat, tempoh 1-2 minggu selepas terlepas haid pertama ialah tempoh yang ideal untuk melakukan pregnancy test. Haid yang tidak teratur atau salah perhitungan haid boleh menjejaskan ujian anda.
Baca arahan dengan teliti
Baca risalah arahan dengan teliti setiap kali sebelum menjalankan pregnancy test kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan.
Guna sample urine yang pertama selepas bangun
Amat digalakkan agar anda menggunakan sample urine yang pertama selepas bangun daripada tidur (pada waktu ini, urine adalah pekat dan senang nak detect). Bagi mereka yang ingin melakukan pregnancy test pada siang hari, pastikan jangan minum air terlampau banyak dan kalau boleh jangan kencing dalam tempoh 4-5 jam.
Tunggu seketika
Setelah anda mencelupkan atau menitiskan air kencing pada pregnancy test, anda harus menunggu beberapa saat mengikut masa yang tertera pada pembungkusan pregnancy test kit anda.
Keputusan yang dinantikan
Setiap pek ujian mempunyai keputusan yang berbeza, sama ada satu atau dua baris, simbol (+) atau (-), dengan kata-kata “Pregnant” atau “Not Pregnant”. Sekiranya tidak ada garis atau garis, tanda dan tulisan yang muncul nampak samar-samar setelah mengikuti ujian, ini bermakna terdapat ralat semasa menggunakan pregnancy test dan anda perlu membuat ujian kehamilan semula.
Akhir kata
Sekiranya timbul keraguan ke atas pregnancy test yang anda lakukan sendiri di rumah, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi memastikan yang anda benar-benar hamil.
Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.
Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
InshaAllah.
Layari store kami untuk dapatkan Ebook secara Percuma! Klik di sini sekarang!