Pakej Bersalin di Hospital Pantai KL 2020 (Kos & Pengalaman)

Pakej Bersalin di Hospital Pantai KL 2020 (Kos & Pengalaman)

Ditubuhkan pada tahun 1973, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) merupakan salah satu hospital swasta di lembah klang dan dipercayai dan telah berpengalaman selama lebih daripada 45 tahun. PHKL mempunyai 335 katil dan disokong oleh lebih daripada 200 doktor pakar. PHKL diakreditasi dengan Joint Commission International (JCI), Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan disahkan sebagai Hospital Mesra Bayi. Sebagai tambahan, PHKL secara rasmi adalah ‘WHO’s Preferred Hospitals’ di Malaysia! Disini kami akan menyenaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu bersalin di Hospital Pantai KL.

Waktu operasi

Waktu melawat

10 pagi hingga 10 malam

Maksimum 2 orang pelawat dalam satu masa

 

Intensive Care Unit (ICU) /Coronary Care Unit (CCU) & High Depency Unit (HDU)

12 tengahari hingga 2 petang

6 petang hingga 8 malam

Setiap hari

 

Neonatal Intensive Care Unit (NICU)

Hanya ibu bapa sahaja boleh melawat bayi

 

Obstetrics dan Gynaecology Bersalin di Hospital Pantai KL

Bahagian Obstetrics dan Gynaecology Hospital Pantai Kuala Lumpur dipimpin oleh 3 orang doktor. Mereka merupakan pakar dalam bidang Obstetrics dan Gynaecology yang diiktiraf dan bertauliah iaitu

 

Dr. Wong Wai Ping +603-2282 1675 / +603-2296 0425 Ext. 2425

Dr. Tan Boon Khim +603-22960714 Ext. 2714 / +603-22960715 Ext. 2715

Dr. Michael Lim Chung Keat +603-22960770 Ext. 2770

 

Kos Bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Kos bersalin normal (kes yang tidak rumit)

RM 5000 ke RM 7000

Deposit sebanyak RM 6000 diperlukan

 

Kos bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur secara Cesarean (kes tidak rumit)

RM 14000 ke RM 17000

Deposit sebanyak RM 16000

 

Pihak hospital akan memberi anda lawatan ke wad bersalin di Blok C tingkat 2, SRN Siaw daripada wad bersalin dan nurse akan memberikan penerangan kepada anda dengan lebih terperinci tentang info lanjut rawatan antenatal anda. 

 

Anda boleh email ke [email protected] untuk sebarang soalan

 

Harap maklum dengan langkah-langkah pencegahan berikut yang telah diberikan oleh Pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur dari Jabatan Obstetrik dan Gynaecology 

 

  1. Semua pesakit yang merancang untuk bersalin, suami yang ingin menemani isteri perlu melakukan ujian COVID-19 dahulu
  2. Mereka akan disaring di jabatan HPKL dan kesasihan ujian terhad kepada 2 minggu
  3. Hanya 1 tambahan pelawat sahaja dibenarkan di wad bersalin
  4. Sekiranya berlaku kecemasan di wad bersalin, pesakit (isteri) akan menjalani ujian COVID-19 (Rapid Antigen) di wad bersalin dan suami akan melakukan ujian COVID-19 (Rapid Antigen) di wad kecemasan. Pesakit akan diurus sebaik mungkin sehingga kedua-dua keputusan diperolehi
  5. Sekiranya berlaku kecemasan di wad bersalin yang pesakit tidak membuat ujian COVID-19, prosedur penuh PPE akan dilakukan dan suami tidak dibenarkan menemani pesakit ke dalam wad

 

Akhir Kata

Kami di PantangPlus sangat mementingkan kesihatan ibu ketika hamil terutamanya mereka yang pertama kali hamil. Jangan sesekali malu bertanyakan nasihat doktor tentang masalah anda.

Kami juga menyarankan agar ibu ibu cepat cepat menempah pakej berpantang awal kerana banyak kes kes ibu yang terpaksa menunggu lama kerana mengambil pakej last minute kerana tukang urut telah mendapat tempahan awal.

Tambahan pula tidak banyak servis berpantang yang menghantar tukang urut local Malaysia, sebaliknya banyak pendatang asing.

Kami sedia membantu anda bagi memudahkan proses berpantang nanti dengan memberi servis yang terbaik, disokong pula oleh terapis terapi kami yang berpengalaman dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3!

Kami doakan agar ibu ibu yang membaca artikel ini dimurahkan rezeki, memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Insya Allah