Bagi ibu mengandung yang bakal bersalin tidak lama lagi, kami di PantangPlus ada menyediakan pakej berpantang Alor Setar.
Pakej berpantang Alor Setar, cover kawasan mana?
Pakej pantang kami cover kawasan ini:
- Bandar Muazam Shah
- Bandar Baru Mergong
- Bandar Stargate
- Alor Janggus
- Alor Mengkudu
- Alor Tajar
- Anak Bukit
- Mergong
- Kangkong
- Langgar
- Pumpong
- Tandop
- Tebengau
- Gunung Keriang
- Hutan Kampung
- Kepala Batas
- Kuala Kedah
- Kuala Sungai
- Kubang Rotan
- Telok Bagan
- Telok Chengai
- Teluk Kechai
- Pengkalan Kundur
- Simpang Empat
Apa yang termasuk dalam pakej berpantang Alor Setar ini?
Pakej rawatan selepas bersalin di rumah kami terbukti berkesan. Sudah ramai orang dari Alor Setar yang ambil pakej perkhidmatan penjagaan ibu, anak dan juga makanan pantang dengan kami.
Mothercare

Urut
Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa.

Tungku
Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Param Pilis Tapel
Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala.

Bengkung
Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber.

Sengkak
(*Optional) Urutan khas untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh.

Tangas
Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim.

Mandi Herba
Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf.

Makanan Pantang
Makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan.

Lulur
Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.

Urut Bengkak Susu
Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu.

Urut Kepala Buang Angin
Menghilangkan sakit atau pening kepala yang terjadi disebabkan oleh otot keras yang berbuku-buku di sekitar kepala.

Pakej Keguguran
(*Optional) Walaupun tak ada rezeki, badan tetap kena jaga. Sama maca orang bersalin biasa.
Babycare

Mandi
Menyegarkan & menenangkan bayi. Jadi wangi dan ‘fresh’.

Urut
Menjadikan bayi lebih relaks, kurang meragam & menikmati tidur yang lebih lena.

Tuam
Mengelakkan perut bayi kembung, mudah buang angin (kentut) & elakkan angin pasang.

Pakai Barut
Memelihara perut bayi yang masih lembut dan mengelakkan dari terkena kembung perut.