Urut Selepas Bersalin

Ada banyak kelebihan dan kebaikan

Urut selepas bersalin

Duduk di bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, memang sukar untuk cari tukang urut selepas bersalin. Tidak sama macam di kampung, boleh cari perkhidmatan bidan urut bila-bila masa. Murah pun murah.

Untuk wanita yang pertama kali melahirkan, mungkin belum biasa dengan rutin pemulihan tradisional yang antaranya melibatkan urut bersalin. Cara juga mungkin tidak sama.

Sungguhpun kajian secara saintifik tidak banyak yang dijalankan secara mendalam tentang urut bersalin, namun kebanyakannya menunjukkan hasil positif dan selamat.

7 Kebaikan dan Kelebihan Urut Selepas Bersalin

Izinkan kami berkongsi kebaikan dan kepentingan urut bersalin yang patut ibu-ibu tahu.

1. Melegakan Rasa Sakit Badan

Kebaikan urut selepas bersalin yang pertama, ia dapat melegakan rasa sakit badan. Ingat, cuma melegakan. Sakit masih ada. Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan. Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang dan pinggang.

Sejurus selepas bersalin, anda sebenarnya masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan bayi. Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya. Urut selepas bersalin, jika dibuat dengan betul, dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

2. Melancarkan Perjalanan Darah

Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan. Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan.

3. Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Banyak petua orang dulu-dulu mempercayai bahawa urut bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat. Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stres.

Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif. Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.

PANTANGPLUS

Sudah penat mencari?

Jika masih belum jumpa tukang urut, biar kami uruskan.

Lihat Pakej

4. Mencegah Tekanan Selepas Bersalin (Postnatal Depression)

Bahasa mudahnya, meroyan. Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu anda relaks dan memberikan ketenangan. Selain sentuhan, aroma daripada minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih damai dan segar.

Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau postnatal depression dapat dikurangkan.

5. Mengembalikan Bentuk Tubuh Badan

Kembalikan bentuk badan selepas bersalin

Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan. Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

6. Memberi Peluang Ibu Rehat

Penjagaan ibu selepas bersalin

Senang cerita, untuk dapatkan ‘me’ time. Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat. Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan bayi yang menangis.

7. Mempercepatkan Proses Pemulihan Selepas Bersalin

Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin juga mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Lagi cepat pulih, lagi sedap badan.

Dapatkan Nasihat Doktor Jika Ragu-ragu Terhadap Urutan Bersalin

Umumnya, urutan selepas bersalin adalah selamat untuk semua wanita. Namun, seeloknya wanita yang bersalin secara pembedahan menunggu sehingga 12-14 minggu sebelum memulakan sebarang rutin urutan. Pastikan luka anda telah sembuh dan anda boleh berbaring dengan selesa semasa urutan bersalin dijalankan.

Dapatkan tukang urut yang bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko. Jika ragu-ragu tanyakan pendapat doktor atau jururawat sebelum berurut.

Badan bukan nak guna sehari kan?

Lihat Pakej

top